Khamis, 18 Julai 2013

Kebenaran Komen - Siapa benar?


Saya lihat semacam tren buat blogger mengaktifkan moderasi komen. Ia bagi mengawal kemasukan spam komen dan komen yang tidak membina.

Saya pula suka menerima komen terus ke emel.


Jadi saya dapat notifikasi lengkap komen di blog. Tak perlulah saya sentiasa cek blog 24 jam hanya untuk kesan komen terbaru.

Oh, widget komen di sidebar itu saya letakkan agar pengunjung yang datang tahu saya ada membalas komen mereka. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini. Saya amat menghargainya.

Apa pandangan kalian pula? Mengapa mengaktifkan moderasi komen?

3 mengomel

Ya, masing-masing ada tujuannya sendiri. Tidak salah Wong memberi pandangan.

Sebelum ini saya ada pasang show word verification. Tujuan saya adalah untuk saya mengetahui siapa yang mengomen terutama jika entri itu sudah lepas. Kemudian, saya buang dan tinggalkan comment moderation, tujuannya tetap sama untuk memudahkan saya mengesan siapa yang mengomen. Tiada niat untuk menyekat sesiapapun meninggalkan komen. Saya juga terbuka menerima komen rakan dan jika ada blogger lain yang hendak memberi maklum balas silakan.

Saya tahu ada caranya untuk mengesan komen yang diterima dengan memasang gadjet seperti wong pasang itu, "komen terkini". Setakat ini saya lebih selesa begitu.

Saya rasa cara lebih mudah ialah dengan menerima notifikasi komen terus ke emel. Saya gunakan cara tersebut untuk mengesan komen-komen yang ditinggalkan di sini. Mungkin saudara boleh mengaktifkannya di bahagian option.

Di blog saya, perkara itu diperlukan pada artikel berunsur MLM hehe. Tapis dulu sebelum paparkan. Kalau mengarut maki hamun dan melucah saje, memang akan dipadam.
Lebih berhati-hati sejak lihat artikel di blog mat joe (tentang hai-0) diserang komen spam yang sengaja dibuat oleh mereka yang tak puas hati.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon