Suasana nyaman di dalam bilik siswazah ini. Penyaman udara semestinya menjalankan fungsinya dengan baik. Suhu tertera 24 oC mampu memberi keselesaan kepada semua penghuni di bilik ini.
Di situ dilihat ada 3 orang lelaki sedang asyik dengan kerja mereka di meja masing-masing. Manakala 3 orang wanita pula sibuk dengan kerja mereka juga. Masing-masing sibuk melihat komputer riba di atas meja.
Kadangkala terdengar bunyi pintu dikuak. Budak lelaki berwajah Tiong Hua yang mejanya kedua dari pintu sekali sekala memandang manusia yang masuk. Senyuman menjadi sapaannya.
Penghuni lain pun begitu. Kadangkala mereka endahkan sahaja siapa yang masuk. Biarlah, asalkan hal sendiri berjalan.
Lelaki berwajah Tiong Hua itu pula sedang leka melihat komputer ribanya. Tidak sedar penghuni yang baru masuk memerhatikan dia dari belakang.
"Ha! Ini kerja kamu?"
Mata lelaki itu terbungkam mendengar suara sergahan itu. Alamak! Dia tahu akibatnya...
"Kata sahaja baca jurnal. Saya lihat awak berwajah buku je di sini. Ish. Bila nak siap kerja kamu kalau sikap kamu begini?" Tegur Dr. H kepada Wong.
Wong hanya menangguk-angguk dan memohon maaf kepada Dr. H.
"Maaf Dr. Saya nak melepaskan tekanan sekejap."
Dan mula lah perleteran di bilik Dr. H.
Timbul satu perasaan kesal di hati Wong. Mengapalah dia tidak begitu rajin seperti pelajar sarjana di bawah seliaan Dr. H?
Setelah 20 minit butir peluru dilepaskan, Wong dilepaskan pergi dengan beberapa kata nasihat agar dia bermotivasi dalam mengerjakan projeknya.
Isnin, 11 Mac 2013
Tertangkap
Artikel Terkait
- Awang keluh kesah di hadapan laptopnya. Tiada daya dia ingin mencuri, namun hati dia teta
- Aisarah menelusuri rak-rak buku di kedai buku MPH di Alamanda. Dia mengelamun berfikir s
- Saya tertarik dengan perkongsian sahabat saya mengenai pembelajaran percuma di Internet.
- Melihat ibu bertungkus lumus membungkus nasi lemak, aku terdiam seketika. Sudah lama ing
- Aku melihat wajah Syamirul. Wajahnya gelisah. Dia menulis tanpa ada tumpuan. Bibirnya sen
- Hari sudah petang, tanda burung akan pulang. Aku melihat jarum di jam tangan aku. Sudah l
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 mengomel
terasa kesian dengan lelaki berwajah tiong hua itu
Yup. Saya pun kesian. Heh'
p/s: kisah ini di bawah label cerpen.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon