Charlie mencari mangsanya. |
"Melati, kau tau tak, aku kena kejar dengan anjing di tempat letak kereta tu masa aku bonceng motorsikal," kata Melur.
Saya yang hanya duduk di meja saya memasang telinga mendengar.
"Itulah. Aku tak tahulah apa kena dengan anjing tu. Aku berjalan kaki, tak pula dia kejar," tambah Melati pula. Melati naik kereta jadi tiada kes dia dikejar anjing.
Anjing ini cukup pandai mengejar orang yang membonceng motorsikal. Saya yang leka membonceng motorsikal selalu terkejut dengan salakannya. Ia seakan hampir-hampir menggigit saya. Sungguh menakutkan!
Terus saya memulas laju motorsikal saya.
Perkara ini bukan berlaku sekali, malah berkali-kali. Anjing liar ini sungguh menakutkan! Saya ingat ia akan pergi dalam masa sebulan dua nanti, tetapi harapan hanyalah harapan.
Seperti saya lihat tempat letak kereta di bersebelahan blok B menjadi tempat ia melepak.
Lama-kelamaan saya sudah tidak kisah dengan salakannya itu. Heh. Saya sentiasa berjaga-jaga apabila lalu di situ. Malah menantikan kemunculannya itu.
Takut nanti terkejut dengan salakan entah dari mana olehnya.
Saya namakan ia Charlie. Heh. Suka dia menyalak pada saya tiap kali ia melepak di tempat biasanya.
Charlie tidak mengejar sampai habis. Selalunya dalam lingkungan tempat letak kereta itu sahaja. Selepas puas menyalak ia akan kembali ke tempat ia melepak iaitu di tengah tempat letak kereta.
Hari ini saya pulang dan lihat Charlie menyorok di celah kereta. Bersedia untuk menerkam saya dengan salakannya itu. Heh. Maaf ya Charlie, aku sudah nampak kelibatmu.
Terus dia cuba melompat mengejar motorsikal saya, tetapi ia patah balik kerana melihat saya memerhatikannya kala dia keluar dari tapak persembunyiannya itu.
4 mengomel
Hah.. Charlie rupanya.. Memang selalu nampak kat parking depan Blok B. Pernah saya capai batu olok-olok & pura-pura nak baling. Terus lari..
blh sy dapatkan cara untuk contact anda. email ke?
Saya sudah hantar ke emel kak.
@фяьшк
Kesian Charlie. Tiada orang nak melayan ia main, lalu ia bermain dengan siapa yang dirasanya baik. (saya le tu). Heh.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon