"Adik, macam mana ujian semalam? Boleh jawab?" soal seorang kakak yang sama kelas dengan saya untuk subjek stastistik maju.
"Alhamdulillah. Boleh jawab," kata saya ringkas.
"Akak pelik la dengan budak foreigner master/phD kejuteraan tu," tambah bicara Kak Ros.
"Kenapa?"
"Selepas adik keluar, boleh pula mereka bersembang. Walhal kan sudah kata jangan sembang. Open book test je pun. Tak tahu rujuklah buku. Boleh buka laptop juga."
"Hmmm. Saya tak tahu nak kata apa. Mereka itu bukan pelajar undergraduate."
"Tu lah. Sudah beberapa kali petugas tegur pun tak faham. Peliknya masa Dr. A ajar angguk sakan." Geleng kepala Kak Ros.
Saya hanya tersenyum mendengar celoteh dia. Saya keluar 10 minit sebelum ujian habis. Tak mahu menerima tekanan lama-lama di situ.
Saya ingatkan pelajar luar negara lebih tekun berbanding pelajar tempatan, tetapi sebaliknya pula. Para pelajar pasca-siswazah kebanyakan dari Asia Tengah seperti Pakistan, Bangladesh dan India. Bahasa Urdu dan Hindustan saya lihat sama sahaja. Erk.
Seperti saya katakan sebelum ini, ujian buku terbuka dan tutorial telah Dr. A berikan 2 hari sebelumnya. Dan soalan tutorial itulah yang keluar.
Jumaat, 22 Mac 2013
Kerenah Orang Asing
Artikel Terkait
- Saya mula sedar yang apa yang saya ada jauh lebih baik daripada orang lain. Fakulti yang
- Saya ini jenis yang tidak suka ujian. Terutamanya ujian akademik. Apatah lagi apabila sud
- Saya seorang penyayang. Itu kebenaran. Heh. (yelah, kalau saya tak mengaku, siapa lagi na
- Nampaknya kelas statistik maju hari ini kurang saya faham apa yang disampaikan oleh Dr. A
- Tajuk ini mungkin mendatangkan kontroversi kepada yang membaca. Ya, KL memang menyesatkan
- Selepas pulih daripada demam denggi, saya mengalami masalah lain pula. Hati saya berasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 mengomel
ni99a ke?
Bukanlah. Belah Asia Tengah.
Memang begitu perangainye. Tak reti bahasa yg mengundang sakit hati sampai boleh bergaduh. Rata-rata kawan yg ada pengalaman jumpa pelajar dari sana mmg begitu. Kena berani sikit kalau nak 'sound'. Cakap lembut tak jalan. Teringat kawan yang sound pelajar iran supaya diam masa ujian. Bertegang urat juga.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon