Isnin, 31 Disember 2012

Pandangan keras saya terhadap akhbar tempatan


Pepatah Inggeris menngatakan minda hebat bincang idea; minda biasa bincang acara; minda kerdil bincang manusia. Ini benar apabila saya membaca akhbar-akhbar tempatan kita.


Kebelakangan ini kerap kali saya pergi ke perpustakaan UPM (PSAS) meluangkan masa saya membelek akhbar tempatan. Ada beberapa akhbar tempatan yang bagus dan ada juga yang tak bagus.

Pada hari ini, saya dapati untuk maklumat menarik, saya bagi 4/5 untuk Utusan Melayu dan News Straits Times.



Saya mula faham apa maksud pepatah Inggeris tersebut apabila saya membandingkan bahan bacaan yang saya baca. Apabila saya membaca akhbar-akhbar tempatan dan fokus kepada berita-berita manusia, idea saya kering untuk berfikir.

Ini tidak pula jika saya hanya mengfokuskan bacaan saya kepada berita yang mampu menjana saya idea untuk berfikir.

Akhbar Harian Metro semestinya telah saya tolak lama dalam kamus bacaan saya. Ia merosakkan akal. Ia membunuh idea. Ia menjana pemikiran songsang. Kenapa saya katakan begitu? Lihatlah isu-isu yang dipaparkan. Hanya untuk orang yang minda kerdil sahaja baca.

Perlu ingat, imam Hassan al-Banna ada berkata, "Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah daripada buku-buku di perpustakaannya." Ini juga boleh membawa maksud kenalilah seseorang itu daripada apa yang selalu dia bacakan.

Kadang-kala saya terfikir, kenapa nak tahu kisah 'ada budak tak dapat makan nasi dan dia suka makan mi'? Kenapa nak tahu kisah 'pohon kelapa jatuh di jalan sekian-sekian'? Pelik, tetapi itulah yang saya lihat penuh di dada akhbar Berita Harian.

Ini lagi apabila berkata tentang Utusan Melayu. Sungguh bias. Dan pembaca juga dapat mengiyakan kenyataan saya tadi.

Akhbar Inggeris yang bersikap liberal menang pada The Sun. Tidak mementingkan sensitiviti umat Islam apabila cuba mempamerkan kisah-kisah umat Islam yang terpesong.

The Star pula, biasa. Sama sahaja seperti BH.

NST, bahasanya pada hari ini berjaya memikat saya untuk membacanya seketika.

Ringkasnya, saya perlu lebih teliti memilih bahan bacaan saya jika betul saya ingin menjadi seorang yang mampu menjana idea bernas dan berkualiti berterusan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon