Selepas melakukan beberapa pembacaan, barulah saya tahu bahawa blog yang terbaik adalah blog yang mempunyai purata entri di antara 300 hingga 500 patah perkataan sahaja.
Ia satu penemuan yang baru bagi saya. Sebelum ini saya ingatkan untuk menjadi seorang blogger terkenal, hanya perlu ada isi di dalam penulisan. Jumlah patah perkataan pula mestilah berjela.
Rupanya tidak. Serahkan panjang berjela pada blog berita atau rencana penuh.
Kenapa tidak boleh kurang 300 pp? Mengikut bacaan saya, Google lebih suka entri blog 300 pp ke atas. Ia akan menyaring blog yang mempunyai 300 pp ke atas sebagai keutamaan untuk muncul di enjin carian mereka. Ini bagi mengelakkan blog yang hanya mementingkan jumlah kunjungan dan bukannya isi kandungan.
Blog saya dahulu Izham Wong dicuri oleh seorang hacker siapa entah. Cait. Memburukkan nama saya sahaja.
Patutlah saya lihat beberapa blog 'terkenal' ramai sahaja pelawat. Blogger tersebut mampu memberi satu kepuasan sementara buat pengunjung. Entah kepuasan apa saya tidak mengerti.
Bagi saya pula. blog ini seperti tajuknya, travelog iaitu perjalanan saya. Boleh baca Siapa Saya? untuk keterangan lanjut.
Sebenarnya agak sukar untuk menulis jika tiada idea. Tetapi apabila saya terbaca untuk sesuatu blog itu dijumpai di Internet, ia lebih elok blogger itu menulis 3 post setiap hari sehinggalah blognya mencecah 1000 entri.
Mak aih. Banyaknya!
Itu pasti memerlukan perahan otak yang sangat hebat. Saya tak pasti pula tentang isi penulisan.
Alhamdulillah saya sudah boleh menulis 300 pp ke atas di setiap entri. Ini berkat saya melawat blog Asrul. Yang penting kita tulis ikhlas untuk berkongsi cerita. Bukan tulis bermotifkan wang semata-mata.
Kerana untuk sesuatu blog mendapat tawaran iklan (pendapatan utama blogger) perlulah ada niche. Niche di sini bermaksud kategori yang berkaitan. Tak boleh la seperti blog saya ini. Bercampur aduk antara yang log dan yang tak log. Blog arkib katakan.
Apapun, tahun 2013 akan menyinar 2 hari sahaja lagi. Beberapa perancangan sedang saya jalankan agar tahun seterusnya saya menjadi lebih produktif berbanding 2012 ini.
Ahad, 30 Disember 2012
Definasi blog untuk blogger tegar
Penulis 依之汉
Diterbitkan Ahad, Disember 30, 2012
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 mengomel
300pp ya wong...tapi ada blog blogger yg sangat terkenal saya lihat blognya punya entri memang singkat..kadang tak payah pergi keblognya untuk membaca entri ..dari reading list yang dekat dashboard pun dah lengkap entri nya...macam mana pula tuh ya...
Sebab ia sudah terkenal. Mengikut pembacaan saya, untuk kita dikenal oleh enjin carian, 300 pp perlu ada pada setiap entri sehinggalah entri kita mencecah 1000.
Juga, ia berkaitan dengan bagaimana kita mempromosikan blog kita. Pasti blogger terkenal itu ada FB?
tunggu dan lihat...sampai masa nanti blog ini akan gemilang juga.... tak dinafikan nak hasilkan entry yg ori cukup sukar...melainkan blog kita memang ambil dan cedok dari entry blog lain...itu sehari 10 entry pun boleh...tapi kita blogging for what???. same as u...remy nak share apa yg kita lakukan....apa yg menarik.....
@Remy
dan yang penting ikhlas. =D
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon