Sebelum ini saya langsung tidak faham apa itu domain dan apa itu host. Saya cuba elok sepenuhnya untuk faham istilah-istilah pelik ni lalu saya hanya kekal dengan Blogspot sahaja sebagai medium berblogging saya.
Sekarang tidak lagi. Alhamdulillah entah kenapa saya tergerak untuk memahami semua istilah tersebut selepas tergerak untuk mendaftar domain dot my secara percuma.
Domain
Apa yang saya faham, ia adalah nama untuk alamat blog kita. Contohnya traveloghort.blogspot.com atau traveloghort.com
Terdapat domain percuma dan berbayar. Domain percuma kesannya kita terpaksa guna nama pemberi domain percuma tersebut di belakang alamat blog kita. Contohnya .blogspot.com, .wordpress.com, dan .tumblr.com
Kalau domain berbayar pula, kita boleh terus guna nama yang kita nak dengan pengakhiran berlainan seperti
traveloghort.com
travelog.my
travelog.com.my
Untuk domain berbayar, apakah yang paling sesuai?
Berdasarkan kajian saya .com dan .com.my kerana harganya murah (ini boleh rujuk penyedia perkhidmatan domain berbayar). Manakala .my lebih mahal. Kelebihan .my adalah carian google.com.my akan lebih suka paparkan blog kita kerana ada .my.
Host
Host pula tempat di mana data blog kita di simpan dan diakses. Ada yang berbayar dan percuma.
Setelah membuat beberapa kajian, saya dapati host percuma yang terbaik adalah Blogspot buat yang suka percuma. Antara kelebihannya yang paling saya suka adalah boleh ubah suai templat melalui kod HTML untuk blog. Ini tidak seperti Wordpress.com dengan pengguna tertakluk kepada templat yang ada sahaja.
Tumblr pula lebih kepada photobloggin dan microblogging walaupun ia sama seperti Blogspot.
Host berbayar pula terdapat banyak di Malaysia. Contohnya netKL, dataKL, KLserver, dan serverfreak. Setiap syarikat menawarkan beberapa pakej yang mampu dimiliki.
Jadi, kita boleh buat domain berbayar dan host percuma, domain dan host percuma atau domain dan host berbayar.
Untuk blogger baru, saya rasa lebih elok cuba domain dan host percuma. Kemudian apabila sudah biasa dengan berblog, upgrade kepada domain berbayar dan host percuma. Apabila sudah dapat duit lebih, tukar pula kepada semuanya berbayar. Saya lihat hanya RM100 sahaja untuk setahun. Ia seperti bayar topup RM~10 per bulan.
Kelebihannya pun banyak apabila kita guna domain sendiri seperti dapat meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang blogger dan menarik pengiklan di blog kita.
Saya sekarang masih buat survey sebelum melancarkan blog terbaru saya. =)
Selasa, 11 Disember 2012
Domain dan Host, istilah baru buat saya
Penulis 依之汉
Diterbitkan Selasa, Disember 11, 2012
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon