Dia seorang yang bukan apa-apa. Orang miskin yang mendapat pelajaran percuma dibiayai kerajaan. Dia mempunyai semangat untuk belajar dan mempelajari ilmu baru. Namun ia agak sukar kerana buku-buku yang mahal membantutkan usahanya. Komputer juga sungguh asing baginya
Peluang muncul apabila dia menyertai satu pertandingan penyelidikan anjuran peringkat sekolah. Internet menjadi medium utama sebagai rujukan. Semestinya Wikipedia mendapat tautan di hatinya.
Untuk kejutan, dia dan kumpulannya sampai ke peringkat akhir pertandingan tersebut dan menjadi pemenang!
Semunya dengan menjadikan Wikipedia sebagai asas untuk mereka faham apa yang mereka tidak faham.
"Kamu tidak patut merujuk Wikipedia. Ia satu sumber yang tidak boleh dipercayai." Terdengar kata-kata di belakang kejayaannya.
"Saya terkejut apabila mengetahui Wikipedia adalah satu perisian sumber terbuka. Semua orang boleh menjadi editor. Seorang datang menulis ideanya dan kemudian, jika ada, orang lain pula menambahbaik idea tersebut," kata Oarabile Mudongo, antara editor Wikipedia yang aktif menulis dan membaiki rencana di Wikipedia.
"Sayangnya, ramai rakan saya tidak sampai ke menara gading. Mereka tersekat di peringkat rendah atau menengah. Dan saya berjaya sehingga kini kerana memahami sesuatu dengan mudah melalui Wikipedia."
Mudongo berhasrat untuk menjadikan Wikipedia sebagai medium buat orang kampungnya pula untuk memahami ilmu dengan mudah. Dia berhasrat untuk menambah lagi pengisian Wikipedia dalam bahasa ibundanya.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon