"Nanti saya call en. Wong semula jika en. Wong layak. Buat masa sekarang saya masukkan nama en. Wong dalam senarai dahulu," kata suara di sebalik telefon itu.
Saya matikan panggilan dengan ucapan terima kasih. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena melalui perbualan yang telah berlangsung sekejap tadi. Satu perkara yang dapat saya kaitkan dengan pengalaman lepas saya.
Ini semua bermula apabila saya singgah sebentar di Masjid UPM untuk menunaikan solat Asar. Ketika meletakkan motorsikal saya di parkir motorsikal, saya terlihat akan satu kertas iklan melekat di papan tanda parkir.
Saya tertarik untuk mencuba. Perasaan ingin tahu ini membuak-buak di hati untuk membongkar kenapa dan siapakah si petualang di sebalik iklan ini? Sudah la tampal pada bukan tempatnya. Tiada adab sungguh! (saya benci SPAM) Sebelum orang lain terkena, lebih baik saya cari penjelasan daripada si petualang ini.
Saya mendial nombor yang tertera di kertas iklan itu.
"Hello. Saya Wong berminat hendak jadi tutor. Boleh jelaskan lebih lanjut?" sapa saya sebagai permulaan bicara.
"Hello... ya?" Suara seorang wanita menjawab panggilan telefon.
Saya ulang semula soalan saya.
"Baik. Sebelum itu saya ingin tahu pengalaman en. Wong. Pernah mengajar sebelum ini?" tanya dia kepada saya pula.
Saya pernah mengajar di pusat tuisyen di Putrajaya. Jadi ada jugalah 2-3 kali pengalaman mengajar. Bayaran pun lumayan.
Diselidiki lebih lanjut, tempat yang akan saya ajar nanti adalah di Taman Tun Hussein Onn. Macam jauh sahaja tu.
"Eh tidaklah. Dekat sahaja. Begini, bayaran untuk kali pertama saya akan bayar RM30..."
Biar betul? Pusat tuisyen tempat saya ajar bayar sehingga RM75 sekali pengajaran. Saya mula meninggikan suara.
"Ini saya akan lihat ikut kebolehan en Wong mengajar. Jika betul en Wong boleh ajar, saya akan naikkan bayaran," pujuk dia.
Alah. Nak menipu le tu. Di kawasan KL ni, jangan haraplah nak ajar RM30 jika 'home tutor'. Sekurang-kurangnya RM50. Ini nampaknya si minah ini kaut untung banyak dan menindas hak pelajar.
Aku tidak setuju. Lebih baik aku buat kelas 'home tutor' sendiri. Ia lebih mudah dan dekat sahaja di kawasan Putrajaya.
Oh lupa. Dia tidak memperkenalkan diri dia. Hanya tahu bertanya akan nama aku sahaja. Ini seperti ada sesuatu yang tidak elok.
"Nama siapa ni?"
"Panggil Rozi sahaja."
"Rozita?" sinis saya cubaan untuk mendapat nama penuhnya.
"Cikgu Roziah"
Cikgu? Saya ragu-ragu untuk percaya. Saya beri nama penuh saya tetapi dia pula sebaliknya. Pengalaman saya dengan budak-budak Skor A mengajar saya untuk berwaspasda dengan tawaran sebegini. Takut nanti saya termasuk perangkap lagi sekali.
Perbualan kami diakhiri dengan tiada kata putus sama ada saya dapat atau tidak kerja itu. Hmmm. Saya tak berharap pun untuk dapat kerja sebagai tutor ini. Tujuan utama adalah untuk menyelidik kebenaran iklan ini.
Ada syubahah di situ. Agar tidak ada orang lain tertipu, saya alihkan kertas iklan ini pada tempat ia sepatut berada. Heh.
6 mengomel
Ha ha haaa... saya pun ada rasa syak la dengan cara iklan sebegini... silap-silap yang menjadi tutor itu menjadi mangsa sahaja
Yup. Lebih baik saya cepat bertindak sebelum lebih ramai teraniaya.
".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at I AM GORGEOUS
How the heck can spammers came here? Can somebody help me out here before I delete this insane spammer?
Correct me if I'm wrong. Sememangnya mengajar di tuition centre is RM25-RM40 per hour. Yang lebih2 tu if you pergi buat home tuition, tu bolehlah demand. Itu pun tengok pada your qualifications, kalau takat tengah belajar dah demand.. lebih kurang samalah jugak dengan tempat yang letak iklan tu. But yes, i agree with you dengan cara letak iklan tu.
Harap jangan tersinggung, hanya mengeluarkan pendapat after 10 years operating a tuition centre.
Correct me if I'm wrong. Sememangnya mengajar di tuition centre is RM25-RM40 per hour. Yang lebih2 tu if you pergi buat home tuition, tu bolehlah demand. Itu pun tengok pada your qualifications, kalau takat tengah belajar dah demand.. lebih kurang samalah jugak dengan tempat yang letak iklan tu. But yes, i agree with you dengan cara letak iklan tu.
Harap jangan tersinggung, hanya mengeluarkan pendapat after 10 years operating a tuition centre.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon