Ia agak sukar untuk saya tetapkan nama bagi blog baru saya nanti. Saya rasa lebih elok saya menggunakan nama pendek saya sebagai nama domain blog saya. Ia lebih mudah. Sambil itu saya juga boleh mempromosikan nama dan diri saya.
Ia sama seperti para blogger lain. Atau lebih tepat lagi para blogger yang terkenal. Mereka kebanyakannya menggunakan nama sendiri terutamanya para penulis yang telah berjaya menghasilkan buku mereka di rak-rak buku. Blog mereka tertera jelas nama mereka berbanding nama yang merepek.
Namun, ada juga penulis yang tidak menggunakan nama mereka sebagai domain. Saya lihat ini banyak diguna pakai oleh orang Puteh. Mereka agak kreatif dalam memberi nama blog berserta tema mereka yang beritma. Sungguh menarik jiwa untuk saya baca.
Kebanyakan blogger luar negara saya lihat menggunakan platform Wordpress. Ini berbeza dengan blogger tempatan yang saya lihat lebih banyak menggunakan platform Blogspot.
Berdasarkan kajian saya, blogspot lebih bebas rekaannya tetapi untuk panel penggunaan, Wordpress paling berkuasa. Ini saya tak nafikan apabila Wordpress lebih banyak pilihan berbanding blogspot apabila menulis.
Sekarang ini saya masih berfikir host percuma manakah yang patut saya gunakan. Blogspot atau Wordpress?
Isnin, 10 Disember 2012
Beraneka idea muncul hanya kerana domain
Artikel Terkait
- Saya ada terfikir untuk sertai pertandingan ini. Jika ada rezeki, dapatlah melihat rum
- بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Bagi saya pasar alaf baru kini adalah Facebook.
- Menurut Nisah Haji Haron, sebagai seorang penulis dia mempunyai pantang saat projek penu
- بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Sebelum ini saya hanya mendengar namanya dan
- Setiap kali pulang, saya mengambil kesempatan menziarahi seorang sahabat saya. Saya tela
- "Man, cuba kau teka apa maksud Johm?" "Cuba bagi klu sikit." "Aku terang dalam BI eak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon