Yup. Itulah impian yang telah saya tetapkan pada tahun 2013 nanti. Saya ingin menjadi seorang penulis bebas (freelance writer) berkualiti yang mampu menyampai idea-idea saya kepada orang ramai. Saya mahu idea saya dapat diguna pakai oleh semua peringkat lapis masyarakat daripada orang biasa sehinggalah profesional.
Kerana itu, saya akan cipta satu blog khas untuk saya latih diri saya menulis artikel-artikel bebas.
Kenapa saya suka menulis? Jawapnnya mudah sahaja - kerana saya suka membaca.
Entah kenapa saya pasti sungguh teruja tiap kali membaca karangan rencana yang berkualiti sama ada ia di dalam bahasa ibunda saya mahupun bahasa kedua saya. Saya berazam untuk menulis sebaik rencana yang saya baca itu.
Buku-buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan... |
Saya juga berazam untuk mencipta satu buku khas tentang perkebunan di Malaysia. Ini, saya akan dapatkan maklumat-maklumat khas daripada pensyarah fakulti saya sendiri. Beberapa sesi interview akan saya lakukan bagi mendapatkan idea ini.
Saya masih merangkak lagi dalam dunia penulisan ini. Kalau ada salah dan silap, jangan lupa tegur saya. Mula-mula merangkak, kemudian berjalan, dan seterusnya berlari!
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon