Novel yang mencambah hobi

3 bualan
Pin It

"Aku tak sabar nak tonton filem Harry Potter yang baru ini. Mesti syok seperti novelnya," kata seorang rakan sekelas belakang aku.

"Jom hari Rabu ini kita pergi JJ. Aku pun ada beberapa barang nak beli," jawab teman di sebelah meja.

Pelajar perempuan memang begitu. Suka menonton wayang. Tertarik dengan bual bicara mereka, aku pun menoleh ke belakang dan menyampuk perbualan mereka,

"Eh? Harry Potter ada keluar filem lagi? Aku ingat satu sahaja."

"Ish, menyampuk je kamu ni. Harry Potter sekarang dah keluar buku ke lima lah."

"Hmmm. Yeke? Aku tonton filem awalnya. Menarik!"

"Aku ada koleksi novelnya daripada 1 hingga 3 ini. Kali ni nak tonton filem pula."

"Rajin pula kamu baca novel BI. Selalunya novel cintan-cintun alaf 21 sahaja aku dengar kalian sembang."

"Kamu ni memang tak update langsung dengan Harry Potter. Ada terjemahannya dalam BM. Kalau tak, mananya aku nak baca novel tebal sebegitu rupa."

"BM!?" semacam saya tidak percaya mendengarnya.

"Ya. Kualiti terjemahannya pun tip top. Esok aku bawa bagi kamu pinjam. Boleh layan sama-sama."

"Hmmm... tengok macam mana lah," jawab saya keruan. Saya hanya ingin tahu sahaja. Tidak minat untuk membaca novel setebal itu. Novel Perlumbaan Kedua ini pun belum lagi saya mula baca apakan lagi novel lebih tebal daripada itu.



Keesokannya Syahirah, pelajar perempuan yang ingin menonton filem Harry Potter itu, membawa novel tersebut.

"Nah. Novel ini jaga baik-baik tau. Aku siap balut novel ni nak jaga ia daripada kerosakan."

Aduh tebalnya! Buku yang nipis pun saya tidak habis ini kan setebal ini. Susah begini....

"Ok lah. Nanti sudah habis baca aku pulangkan," ujar saya demi menjaga hatinya yang sudah membawa novel itu ke sekolah. Saya masukkan ke dalam beg sekolah secepat mungkin. Takut nanti cikgu marah membawa buku selain pelajaran ke sekolah.

Saya baca permulaan novel itu dan ia seperti tidak menarik minat saya. Saya langkau beberapa halaman. Eh. Nanti dahulu. Siapakah si Harry ini? Siapa pula Ron? Kenapa dia ada bela tikus? Kenapa Harry lari dari rumah?

Saya rasakan seperti ada magis yang memukau saya untuk kembali ke halaman satu. Seperti ingin saya membaca novel Harry Potter dan Banduan Azkaban dari awal dan bukannya melangkau tanpa sebab.

Sungguh saya sudah tertawan dengan novel karangan J.K Rowling ini.

Tidak saya sangka saya dapat habiskan novel setebal 418 halaman ini dalam masa tiga hari sahaja.

Dan saya tidak sangka kerana itu, saya mula minat membaca semula setelah sekian lama saya meninggalkan hobi yang mempersonakan itu.

Kini, membaca itu hobi utama saya (selain menelaah muka buku =P)
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. bila dah baca susah nak behenti kan? :-)

    terjemahan BM hari potter maca ganjil sikit. Macam, watak voldermolt 'you-know-who' di terjemah jadi 'awak-tahu-siapa'. pelik je.. huhuh

    BalasPadam
  2. perlumbaan kedua novel yg arnab lawan kura-kura tu kan. kenapa novel komsas tak fun ek? (-__-).

    p/s:takpnah baca harry potter. tgk movie pun takpaham. err.. heee

    BalasPadam
  3. @Meister
    Sebab saya ni bukanlah mula membaca HP daripada novel BInya. =)

    @NIZAM
    Jangan begitu. Novel Perlumbaan Kedua pun seronok dibaca. Cuma, cara cikgu kita menarikkannya menjadi kunci utama.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia