Khamis, 7 Mac 2013

Lansungan Projek di peringkat proposal

"Bagaimana dengan projek master kamu?" tanya jiran sebelah saya.


"Masih di peringkat proposal. Aku lihat kamu sibuk juga ya dengan projek master. Walhal kamu baru sahaja  daftar."

"Aku Dr. sudah beri projek."

Leucaena leucocephala menjadi
subjek utama projek saya.
Saya hanya mendiamkan diri. Kemudian dia bercerita pula kepayahan dia untuk mengambil sampel. Jauh. Tambahan lagi dengan keadaannya yang sedang demam...

Saya hanya menangguk dan mendengar. Saya tidak mahu mencelah bercerita tentang pengalaman saya juga. Saya tahu apabila bertemu dengan pelajar sarjana juga, pasti ada antara mereka yang suka bercerita tentang projek yang mereka jalankan.

Hei saya juga seorang pelajar sarjana. Lalu pasti saya tahu perasaan ingin berkongsi apa yang sedang saya buat.

Cuma, buat masa ini projek saya masih di peringkat rangka atau kata mudahnya proposal.

"Bagaimana dengan penyelia kamu? Dia tidak marahkan?"

Marah. Semestinya. Yelah. Sudah satu semester berlalu dan saya masih menangguk di aras yang sama - menulis. Entah apa saya buat sepanjang semester satu, tanya  penyelia saya.

Saya membatu tidak berkata apa.

"Penyelia saya ini jenis suka pelajar bawahnya berdikari. Beliau ada idea tetapi tak nak beritahu. Beliau nak saya sendiri cari projek apa yang menarik dan berkenan di hati saya."

"Bagus juga begitu." Terlihat di raut mukanya kagum.

Saya hanya senyum. Memang penyelia saya baik orangnya. Tetapi... heh. Biasalah pensyarah. Apatah lagi yang sudah berumur. Mereka ada anginnya. Buat anak-anak muda seperti saya ini, layan sahajalah. Tak perlu nak berkecil hati jika mereka menegur atau menasihati.

Sebab itulah orang tua-tua kata, yang muda disayangi, yang tua dihormati.

2 mengomel

"Saya tidak mahu mencelah bercerita tentang pengalaman saya juga."

Kadang kala kita boleh kenalpasti seseorang itu jenis yang suka bercerita dan mendengar, atau jenis yang suka bercerita tapi tak suka mendengar. Kalau saya jumpa jenis yang kedua, saya akan diam dan dengar sahaja cerita dia. Diam, angguk dan diam lagi. Sebab kalau saya cakap apa pun dia tak akan dengar. Orang macam ni bagi saya jenis yang pentingkan diri sendiri.

Saya berlapang dada kerana saya juga suka bercerita. Lain orang lain kisahnya. Seronok dengar kisah orang lain. Boleh buat cerpen. Heh.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon