Sinar Pelangi di sebalik Hujan

6 bualan
Pin It
Saya meletak telefon bimbit di atas katil. Termenung mendengar berita yang baru saya dengar tadi. Serta-merta kepala saya sarat dengan pelbagai soalan.

"Assalamualaikum encik Wong, kami dari Pusat Tuisyen. Ada sedikit khabar nak beritahu," kata suara wanita dari telefon bimbit saya kejap tadi.

"Ada perubahan pada hari pengajaran encik Wong."

"Maksudnya?" Saya keliru mendengar kata itu.

Pemikiran saya sudah melayang. Bukankah hari itu kata telah ditetapkan saya mengajar setiap hari Selasa? Takkanlah kelas bertukar hari pula?

"Begini. Atas permintaan pelajar, mereka nak juga cikgu lama yang mengajar."

Betullah seperti apa yang saya sangka. Pengajaran saya ditolak.

"Kena reject lah ni?" Soal saya.

"Bukan. Kami tak dapat nak tolong sebab pelajar sendiri minta."

Hati aku terus merundum jatuh. Terasa seperti ada batu yang berat menghempap dada ini.

"Tak mengapalah," jawab saya perlahan.

"Kami betul betul minta maaf. Nanti jika ada kelas kosong, kami akan panggil encik."

Aku menutup bual bicara suara itu dengan menjawab salam yang diberikan.

Saya diam kaku masih memikirkan berita tadi. Betulkah aku boleh mengajar orang lain atau menjadi cikgu tuisyen bukan kerja aku? Bukankah ini buktinya kamu gagal untuk menjadi seorang pengajar bagus?

Minggu lepas cukup gembira saya mendengar berita bahawa saya akan menjadi seorang cikgu Sains dan Matematik. Hati ini berbunga memikirkan pengalaman yang bakal saya tempuh sepanjang saya mengajar nanti. Pasti ada sesuatu yang boleh saya berikan kepada 8 orang pelajar yang hadir di dalam kelas itu.

Sayup sayup bunyi cengkerik di luar kuarters ini. Mereka seperti memujuk hati saya yang lara ini.

ARhhhh! Pemikiran ini bercelaru memikirkannya. Bagaimana hendak aku menyara hidup belajar ini? Disangkakan cerah di petang hari, hujan yang turun pula.

Walaupun hujan itu turun dengan lebatnya, saya yakin, pasti ada sinar pelangi yang muncul di sebaliknya nanti.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. Saya juga terkena dengan pusat tuisyen sebelum ini. Janji macam2 akhirnya sebenarnya mereka hendak guru sebenar (cikgu sekolah) yang ajar. Seperti dipergunakan. Akhirnya, saya berhenti terus walaupun dipanggil. Lebih elok mengajar home tuition, lebih berbaloi. Kita pun lebih tumpu utk mengajar.

    BalasPadam
  2. cerita hari ini agak sedih..isk..isk

    BalasPadam
  3. @Kak Dell
    Saya setuju. Home tuition lebih mudah dan kita lebih kenal murid kita ajar. Terima kasih sebab beri saya peluang mengajar home tuition.

    @Kak Rose
    Sebab sedang sedih ketika tulis tu. =D

    BalasPadam
  4. sekarang sedih lagi tak?
    jom cari pelangi :)

    BalasPadam
  5. sudah cukup bagus untuk kali pertama. :)

    BalasPadam
  6. @dee
    Alhamdulillah kembali ceria.

    @Asrul
    Thanks buddy!

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia