Renang, impianku sejak kecil lagi

6 bualan
Pin It

DSC01574


Saya suka berenang. Sejak kecil lagi saya telah bercita-cita untuk menjadi perenang. Namun cita-cita saya tidak kesampaian kerana rumah saya jauh dari sungai. Pada waktu petang, kadang-kala rakan sekelas saya mengajak pergi ke sungai di kawasan kampung mereka. Saya ikut serta. Tetapi saya hanya mandi di tepian sungai sahaja. Takut untuk ke tengah sungai kerana kedalamannya yang sangat dalam.

Beberapa orang rakan saya boleh berenang bermain di situ. Saya hanya mampu melihat. Bukan kuasa saya untuk turut serta bersama mereka menyelam menikmati keletihan berenang di tengah sungai.


Kemudian apabila saya memasuki UPM, impian saya mula kelihatan cerah. UPM ada menawarkan kelas renang secara percuma!

Pada awalnya saya telah mendaftar kelas renang semasa semester 1. Kemudian saya gugurkan kerana terpengaruh dengan kawan saya.

"Wong, gugur sahajalah kelas renang itu. Tak tutup aurat. Tak elok."

Tapi hati saya tetap ingin belajar berenang. Ia adalah impian saya sejak kecil lagi!

Akhirnya pada semester 2, saya berjaya mendaftar kelas renang di UPM sebagai salah satu subjek kokorikulum (ko-k). Ia berlangsung pada malam hari pada pukul 8pm-11pm. Tidak jadi perenang seperti Micheal Phelps, perenang biasa pun boleh la.

Kelas renang ini memang menjadi rebutan para pelajar UPM. Kira rezeki saya kerana berjaya mendaftar masuk ke dalam kelas hangat ini.

Untuk berenang, diwajibkan seorang perenang itu memakai pakaian renang dan topi renang. Semua ini saya beli di MINES. Toko sukan di sana ada menjual kelengkapan renang. Ia tidak murah, tak juga mahal.

Manakala gogle pula saya beli di MidValley Megamall. Sewaktu itu saya masih tiada kenderaan untuk berjalan-jalan. Dengan hanya menaiki bas yang disediakan ke KTM Serdang, saya menaiki pula tren KTM Serdang-MidValley. Kenangan yang susah saya lupa sehingga kini.

Keluasan kolam renang ini standard iaitu 50 m x 25 m. Mengikut apa yang saya dengar, kolam renang ini dibina bagi menjadi tempat pengajaran untuk para pelajar pendidikan (major jasmani) iaitu bakal guru pendidikan jasmani. Ia terbuka hanya kepada warga UPM. Perlu disertakan kad matrik atau staf sebagai bukti di kaunter masuk kolam ini.

IMG_4620
Jadual kolam renang UPM.
4 teknik diajar dalam kelas renang ini iaitu renang bebas, katak, kuak lentang dan kupu-kupu. Setakat ini saya hanya menguasai teknik renang bebas dan renang katak.

IMG_2140
QKS2112 (2008/09-2) dalam kenangan.

Galeri


     DSC01576           DSC01575
DSC01577                                DSC01578

DSC01707

DSC01710

DSC01708
Topi renang (wajib) dan goggle (takda pun tak apa).
 DSC01706


Ada juga antara rakan saya yang sempat merakam ketika pertandingan renang anjuran kelas kami berlangsung. Boleh cari di youtube "UPM Swimming team"


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. Nk g berenang lah.. boring gler dok blk sorg2..hoho

    BalasPadam
  2. berenang memang sesuatu yg esti dicuba dikampus..

    BalasPadam
  3. Baguz bro, bukan apa, secara positifnya, kalau kita tau kaedah yg betul untuk berenang, kita boleh nak bantu org yg dlm kecemasan di dalam air

    BalasPadam
    Balasan
    1. @InGkLate
      I'm just a writer who happen to has a blog.

      @ummuaidan & baguznet
      Semestinya. Renang satu sukan yang sihat. Apapun, ia tertakluk kepada individu untuk mempelajarinya.

      Padam
  4. Wong! Dulu saya selalu berenang di sana namun pada semester lepas jadual kelas saya teramatlah sibuk, jadi saya hanya dapat berangan "berenang" sahaja....insyaallah pada semester depan saya mahu lebihkan berenang lagi huhuh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada masa, mungkin kita terserempak. =D

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia