Hilangnya nilai sehelai 100 dollar Amerika

8 bualan
Pin It

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Saya parkir motorsikal saya di hadapan sebuah kedai pengurup wang di Persint 15 Diplomatik. Itu sahajalah kedai pengurup wang yang saya tahu ada di Putrajaya ini. Lagipun berdekatan dengan rumah saya.

Di dalam dompet cokelat saya ini terdapat beberapa helai not duit luar negara. 100 dan 500 dollar Taiwan dan 100 dollar Amerika. Sudah dua tahun ia berkepuk di dalam beg dompet saya. Sayang untuk saya tunaikan ia kepada duit Malaysia tetapi keadaan mendesak. Saya perlukan wang negara sendiri untuk meneruskan hidup ini. Sebelum ini saya fikir untuk dibuat kenangan, tetapi bukanlah buat masa sekarang.

Saya mengambil keputusan untuk tukar pada hujung minggu kerana dengar katanya harga jualan not luar negara naik sedikit berbanding hari minggu. Kebenaran ini tidaklah saya tahu. Hanya mendengar khabar daripada orang sekeliling.

Sebaik sahaja sampai ke kaunter, saya lihat seorang pakcik beruban, muka seakan kaum India, saya fikir dia seorang mamak tunggu melihat saya. Saya tak terus bertanya kepadanya harga not yang akan dia beli. Saya lihat papan elektronik di belakangnya.

Ternyata harga USD jatuh 0.5 sejak 2 tahun lalu. Kalau ditukar sekarang, saya sudah kerugian RM50. Tapi apakan daya, saya tak fikir harga USD akan naik dalam tempoh terdekat ini.

Saya serahkan 3 helai not luar negara tersebut kepada pakcik itu. Dia ambil perlahan dan memeriksa ketiga-tiga wang not itu seperti seorang tukang belian memeriksa beliannya. Aish. Tukar sahajalah. Apa nak belek-belek, desus hati saya.

"Ini wang saya tak mahu beli," kata dia sambil mengembalikan not 500 dollar Taiwan dan 100 dollar Amerika. Saya terkejut.


"Kenapa?" soal saya inginkan kepastian.

"Dua-dua sudah kotor. Tak laku untuk dijual. Nilai jatuh," jawabnya selamba.

RM10.40 diberi kepada saya sebagai pertukaran no 100 dollar Taiwan.

Aduh. Takkan kerana kotor kedua-dua duit ini tak laku? Aish. Biar betul pakcik ni.

Kerana malas bertengkar, saya ambil duit jualan itu dan berlalu pulang. Saya berfikir takkanlah sudah jatuh harga not Amerika ini walhal ia adalah antara yang paling disukai ramai. Setiap yang melancong ke luar negara pasti tahu yang duit dollar Amerika laku di mana-mana sahaja di dunia ini.



Fikiran saya berkecamuk buat seketika. Rugilah saya jika benar apa yang pakcik itu katakan. Not 100 USD ini sudah tak laku dek kerana kecuaian saya menjaga 'kesucian'nya. Aduh. Saya termenung...

Setelah beberapa selang masa, apabila difikirkan kembali, saya agak kerana kedai pengurup wang ini terpencil, jadi dia tidak mahu mengambil risiko membeli wang luar negara dalam kunatiti besar. Yelah, kalau dia beli 100 USD saya, pulangan yang akan saya dapat RM300. Mungkin dia takut nak keluarkan RM300 untuk beli not luar negara ini.

Saya kembali bersemangat. Aku rasa dia hanya nak jual wang luar negara tetapi tidak berminat nak beli wang luar negara. Dasar pengurup wang terpencil!

Ini terbukti apabila saya belek semula wang 500 dollar Taiwan saya elok sahaja. Tiada kotor. Hanya terlipat dua tiga di hujung kertas. Walhal duit 100 dollar Taiwan itu lebih kotor berbanding dollar Amerika saya.

Tak mengapalah. Bukan dia seorang sahaja pengurup wang di Malaysia ini. Saya boleh cari yang lain, bisik hati saya. Selepas ini saya akan cuba mencari kedai pengurup wang di MINES pula. Saya berdoa agar apa yang dikata pakcik itu hanyalah ego dia semata-mata sahaja. Bukanlah kebenaran tentang helaian wang ini.

Terdapat dua pengajaran saya belajar dari peristiwa ini. Pertama, sila jaga wang kertas luar negara daripada kekotoran kerana jika ia kotor, harganya boleh jatuh.

Kedua, kalau nak tukar wang luar negara, sama ada beli atau jual, lebih baik cari kedai pengurup wang yang laku. Maksud saya pengurup wang yang banyak melakukan transaksi. Jika pengurup wang yang terpencil ini, mereka lebih suka menjual berbanding membeli. Lagipun, semestinya harga jualan dan belian pengurup wang yang terkenal akan lebih murah, jangkaan saya.

Jadi, apa kata pembaca pula tentang ini? Ada pengalaman membeli atau menjual not duit kertas luar negara? Boleh la berkongsi bersama di sini.

update komen dari Facebook:

Sememangnya not duit kertas yang bersih lebih mahal harganya berbanding yang telah kotor...


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 ulasan:

  1. Saya tiada pengalaman tapi biasalah, macam bro kata, ini niaga, kalau kurang aktif, dia tak nak ambil risiko. Orang luar nak duit Malaysia, jika orang Malaysia sendiri nak duit Malaysia, bagaimana dia nak niaga untuk matawang lain pula nanti :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap terjual duit tu. Kalau tak, alamatnya masuk dalam album sahajalah...

      Padam
  2. ye ke? tatau pulak . penah pegang dan belanja won je. tapi tu pun ayah yang uruskan. :)

    BalasPadam
  3. mungkin ada sesetengah pengurup lain yangg boleh terima kot..bukan dia sahaja yang ada kan...selalunya jika kita pergi tanya beberapa pengurup ada yang menawrkan harga belian yang berbeza...tapi kena rajin survey tak..ada yang beli tinggi pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu puan. Nanti saya akan survey di tempat-tempat lain pula. Kalau tak pun, saya sanggup jual murah... oh oh... walaupun rugi.

      Padam
  4. kalau tunaikan di Bank perdagangan tak boleh ke?

    BalasPadam
  5. kalau tunaikan di Bank perdagangan tak boleh ke?

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia