Bertemu Orang Hebat Belaka

3 bualan
Pin It
Terdapat dua kemungkinan yang saya fikirkan apabila saya berkenalan dengan orang hebat. Pertama, saya rasa rendah diri dan menjauhkan diri daripadanya. Kedua, saya mengaguminya dan berasa semangat untuk turut serta bersama searas dengannya.

Jadi, manakah yang menjadi pilihan saya?

Biar saya terangkan satu persatu untuk memberi penjelasan ringkas.

Jika saya pilih pertama, itu mungkin lebih baik buat saya. Saya tidak perlu lagi berasa rendah diri dan memilih untuk berkawan dengan orang biasa sahaja. Orang yang tidak mempunyai impian tinggi dan kami hanya akan berbincang perkara-perkara biasa mahupun bergosip tentang orang lain.

Itu lebih baik buat orang biasa seperti saya bukan?


Jika saya pilih yang kedua, saya pasti akan menerima tekanan untuk turut serta berjaya. Tekanan ini pasti memberi saya risiko sama ada saya boleh ataupun tidak untuk terus berjuang demi menggapai impian saya di bintang langit yang tinggi.

Adakah gagal juga termasuk dalam risiko itu? Semestinya kerana setiap apa yang dilakukan pasti ada gagal ataupun berjaya. Namun, persepsi untuk gagal dan berjaya berbeza buat orang yang betul-betul inginkan kejayaan.

Jika kita melihat sahabat kita berjaya, adakah kita akan berasa tergugat untuk sama berjaya dengannya? Atau kita berasa cemburu dan mendoakan agar dia gagal dan berkata "Pada muka kau!"?

Saya memilih untuk turut serta bersama perjuangan orang hebat. Saya gembira melihat mereka ,emperjuangkan impian mereka yang mereka katakan benar. Mana boleh saya mencemburui mereka jika saya sendiri tidak berusaha seperti mana mereka juga berusaha untuk menggapai impian hebat mereka itu.

Maka, yang kedua kini menjadi pilihan saya. Saya berkenalan dengan orang hebat. Sudah tentunya saya juga ingin menjadi hebat seiring dengan mereka.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. Berkawan dengan sesiapa sahaja elok dan ada pro & kontranya..orang hebat blh jadi inspirasi, orng lebih boleh jadi pendoron bagi mereka....

    BalasPadam
  2. @Puan Ummu
    Tentu berkenalan dengan puan membuatkan saya juga terinspirasi untuk menjelajah Fiji. Yeay!

    BalasPadam
  3. saya rasa awak kena baca entry hentam tu. hehehehe tak kena hentam betul pun. hehehe :)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia