Hari lahir kekecewaan

5 bualan
Pin It

Pada zaman kini senang sahaja untuk tahu hari lahir teman-teman sekitar saya. Hanya perlu lihat di Facebook. Pasti akan tertera hari lahir teman itu pada hairi sekian-sekian. Mudah.

Sedia, 1, 2, yeay!
Notification!
Walaubagaimanapun, perkara ini mematikan sifat sayang kita kepada teman kita. Yelah, bagi saya, orang yang mengingati hari lahir saya bermakna dia sayang dan prihatin terhadap diri saya. Tidak kiralah ahli keluarga mahupun rakan taulan. Kerana itu saya sembunyikan hari lahir saya di Facebook.

Bagi keluarga saya, hari lahir sudah tidak disambut apabila sudah keluar dari alam persekolahan. Sudah besar kata mak ayah saya. Jadi kami sekeluarga tidak kisah sangat tentang hari lahir antara kami. Sekadar mengucapkan selamat hari lahir sahaja.

Saya tidak berapa suka akan perkara ini. Bagi saya antara tanda seseorang itu menyayangi kawannya adalah dengan mengingati hari lahir. Sekurang-kurangnya beri ucapan selamat hari lahir.


Baru-baru ini hari lahir sahabat saya. Saya lihat ramai yang hantar mesej ke Facebooknya. Saya mencipta kelainan dengan menghantar SMS. Agak hampa apabila tiada respon daripadanya. Bila difikirkan kembali, mungkin dia sibuk untuk membalas SMS saya itu. Tidak mengapalah kerana saya hantar SMS sebagai tanda saya sayang akan sahabat saya kerana Allah.

Kemudian, saya fikir bagaimana untuk meraikannya? Saya tidak pandai meraikan hari lahir sendiri apatah lagi hari lahir orang. Ia bukan dalam budaya keluarga saya.

Saya fikir, cukuplah sekadar memberikan hadiah. Pada awalnya saya ingin menghadiahkan sebuah buku. Saya cuba memberi sedikit klu kepadanya di Facebook dan maklumbalasnya tidak begitu memberangsangkan. Dia terlalu sibuk untuk membaca buku apatah lagi buku yang akan saya berikan.

Saya fikir kembali. Saya pergi ke MPH Alamanda untuk mendapat ilham. Alhamdulillah saya terlihat alat membantu membaca. Mungkin saya tidak dapat berikan buku tapi sekurangnya saya dapat berikan alat untuk membantu ia membaca buku.

Semalam saya cuba raikannya hari lahirnya dengan menjemput datang makan-makan ke Putrajaya. Saya baru tahu ada kedai Steambot RM15 di Putrajaya. Alang-alang ingin merasa, lebih baik saya mengajaknya sekali.

"Assalamualaikum. Jom, nanti kita makan Steambot Putrajaya. Aku belanja," kata saya.

"Tengok dahulu lah. Aku tak dapat beri kepastian," jawabnya.

Terus, saya andaikan dia tak dapat hadir. Kerana bagi saya hanya ada dua jawapan untuk janji - Ya atau tidak. Jika tengoklah dahulu, aku cuba, nantilah dulu, dan sebagainya, saya terus ambil jawapan tidak. Ini berdasarkan pengalaman saya, orang yang memberi jawapan was-was tandanya dia memang tak dapat penuhi janji itu.

Berdasarkan peristiwa ini, saya terus tidak rasa bersemangat untuk menyambut hari lahir orang sekeliling saya lagi. Ia seperti saya syok sendiri.

Saya membuat kesimpulan, lebih elok ucapkan selamat hari lahir sahaja berbanding mengajak makan atau memberikan hadiah. Ini agar saya selesa, orang yang saya hendak sambutpun selesa.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. Itulah kesan dari kemajuan teknologi. Memang itu yg saya dapat perhatikan dewasa ini kecuali bagi sekelompok manusia yg mempunyai rakan-rakan yg mempunyai nilai seperti bro.

    Saya sendiri tidak pandai meraikan kerana tidak pernah meraikan atau diraikan selama ini sehinggalah bila berkeluarga. Isteri rajin meraikan walaupun sekadar kecil-kecilan. Saya sekadar menyokong terutama bila melibatkan hari lahir anak sbb akan memberi kegembiraan kepada mereka.

    Buat masa ini, bro sekadar ikut sahaja alunan rakan-rakan asalkan mereka bahagia. Kelak bila dah ada keluarga sendiri, mgkn bro boleh cuba buat mcm keluarga saya skrg ;)

    BalasPadam
  2. Sama juga macam saya. Dalam membuat sesuatu keputusan kalau saya rasa was-was, saya akan terus kata tidak. Mengikut pengalaman sendiri, jika was-was tapi masih kata ya, hasilnya hanya akan mengecewakan.

    Saya jenis yang suka mengingat harijadi orang lain, memberi ucapan dan memberi hadiah. Ada satu ketika saya memberi hadiah pada si A. Walaupun jauh saya tetap hantar dengan pos. Bila tiba hari jadi saya, (tidak sekali saya harapkan balasan hadiah!) cuma sekadar ucapan, pun kira okay, tapi malangnya tiada apa pun yg saya terima dari si A. Sejak itu saya berhenti memberi hadiah pada org lain. Cukup sekadar mengingati, dan SMS sahaja.

    BalasPadam
  3. saya suka rupa baru blog ini dan ia memudahkan saya membaca berbanding yang dulu-sori komen lari dr tajuk...hehehe

    BalasPadam
  4. @baguznet
    Nasihat berguna. Terima kasih bro.

    @t.a.t.a
    Pengalaman kita sama. Saya pernah hantar pos jauh hadiah untuk diberikan khas kepada rakan saya. Apabila tiba hari lahir saya, rakan saya itu langsung tidak mengingati apatah lagi menghantar SMS.

    Kemudian saya berfikir tentang niat saya. Tak mengapalah. Asalkan hadiah yang saya berikan bermanfaat kepadanya. Saya betulkan niat hanya kerana Allah.

    Kerana itu juga, saya bersifat selektif untuk memberi hadiah kepada orang lain.

    @smRose
    Terima kasih puan. Insya-Allah akan ada penambahbaikan lagi untuk templat ini. Saya sedang belajar nak ubah-ubah mana yang patut sebab templat ini kod nya versi lama.

    BalasPadam
  5. Kalau awak nak belanja saya makan, saya sentiasa on je.. hehehe... saya sangat menghargai org2 yang sambut hari lahir saya... walaupun sibuk dan penat, saya tetap luangkan masa untuk keluar dgn mereka dgn masa dan hari yang sesuai utk kami. bukan mudah seseorg hendak mengajak kita keluar tambahan nak meraikan kita. Sayang kawan awak tu bersikap dingin.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia