Selsema burung di UPM

2 bualan
Pin It
Kes ini berlaku ketika semester 3 saya baharu sahaja berlangsung. Sewaktu itu kolej saya dikuarantinkan kerana terdapat dua orang pelajar perempuan di blok kasturi disyaki terkena jangkitan selsema burung. Kecoh satu kolej berkenaan berita itu.

Berita itu saya dengar pada waktu petang sebaik sahaja saya habis kelas.


Kami semua diminta pulang bersama semua kelengkapan. Bilik wajib dibiarkan kosong. Aduh! Saya merungut kerana kebanyakan kami bilik penuh dengan barang-barang kami.

"Tak boleh. Mesti angkut semua bawa balik. Takut nanti blok Jebat akan dikuarantinkan dengan pesakit," kata Pak Ali.


Saya sungguh risau dengan kata-kata itu. Saya terus bergegas berkemas semua barang saya seperti saya ingin pulang dari cuti semester. Habis almari dan meja belajar saya selongkar.

Ketika sedang sibuk mengemas, seorang rakan saya kebetulan lalu di hadapan bilik saya yang terbuka pintunya.

"Eh, Wong. Kenapa kemas semua barang kau? Kemas mana yang patut sahaja cukuplah."

"Aku dengar daripada Pak Ali kena kemas semua barang. Takut blok ini jadi kuarantin nanti."

"Ah kau. Dengar sangat cakap Pak Ali itu. Dia psycho kau je. Sudah. Ambil sahaja barang penting. Kita cuti seminggu sahajapun," berlalu pergi dia dari depan pintu bilik aku.

Aku duduk termenung sebentar. Ada betul juga kata rakan aku itu. Hampir semua pelajar ada barang mereka di bilik. Tidak akan lah semua orang akan membawa barang mereka pulang. Kalau barang aku hilang, pasti yang juga akan hilang.

Komputer dekstop aku sahaja yang berharga di dalam bilik ini. Lalu aku hanya pulang dengan komputer dekstop aku sahaja.

Aku bernasib baik kerana ketika itu kakak aku sudah bekerja di Putrajaya. Aku menumpang sekejap di rumahnya dengan barangan yang aku ada.

Seminggu kemudian warga UPM pulang. 2 orang pelajar kolej kami yang disyaki terkena jangkitan itu telah dibawa ke hospital Serdang untuk kuarantin lanjut.

Oleh kerana cuti kuarantin ini berdekatan dengan minggu cuti pertengahan semester, maka cuti pertengahan semester kami tiada. Ia telah ditarik menggantikan minggu kuarantin ini.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. tahun 2009 kan? yang cuti midsem ditarik balik. sy masih ingat lagi time tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Agak risau juga kalau saya terjangkit masa tu.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia