Rabu, 10 Oktober 2012

Program Skor A


Semalam, sedang saya membelek apa-apa berita terbaru di laman facebook, saya terlihat satu iklan menarik,

"Tutor diperlukan. Hubungi sekian no ...."

Saya dengan hati yang ingin tahu, menghantar SMS kepada no yang diberikan. Dibalas,

"Wasalam. Kosong lagi. Boleh jumpa petang ini untuk berbincang?"

Nak dijadikan cerita, petang itu hujan. Saya tidak sempat berjumpa dengan cik yang membuat iklan.

"Tak apa. Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Malam ni boleh? Terus kita pergi HQ di Damansara. Naik kereta bersama kami."

Saya gembira. Nampaknya saya akan dapat kerja sebagai tutor tetap. Sebelum ini hanyalah on call sahaja.

Pukul 8.15pm kami bertolak dari UPM ke Damansara. Pukul 9.15 sampai.


"Abang isi dulu borang ni. Kejap lagi kami temuduga. Sekarang ada seminar Kompas Wang. Lepas temuduga, kita dengar sama-sama."

Di satu bilik berwarna merah dinding dan karpetnya, "Ok. Sekarang biar saya terangkan bagaimana syarikat kami berfungsi. Kami menawarkan tiga tingkat sebagai tutor. Peringkat 1, dapat gaji RM15/kelas. Tingkat 2, RM20/kelas dan tingkat 3 RM25/kelas.

Untuk tingkat 2, abang perlu hadir kursus di Bangi. Harga asal RM50. Sebab sekarang ada diskaun khas untuk pelajar UPM dan UKM, RM30 sahaja perlu dibayar.

Untuk tingkat 3, ia akan diadakan di sini setiap hari Ahad. Bayaran RM150. Juga ada diskaun khas untuk pelajar, iaitu abang hanya perlu bayar RM80."

Saya tidak berminat dengan semua ini. Leceh sahaja. Bagaimana pula dengan pengajaran?

"Tuisyen ini one-to-one. Abang akan ajar seorang pelajar pada satu-satu masa. Maksimum 5 orang sekali pengajaran," terang gadis molek jurusan perniagaantani yang menetap di Kelantan itu.

Aku sudah mula syak sesuatu. Kenapa bayaran terlalu rendah? Kalau mengikut pengetahuan aku, one-to-one tuisyen sepatutnya lebih mahal gajinya. Saya yang mengajar di pusat tuisyen pun mendapat RM50 untuk sekali pengajaran. Kawan saya mendapat RM150 untuk tutor one-to-one.

"Tak apa. Abang fikir dulu. Kami galakkan abang masuk ke seminar tingkat tiga bertajuk Seminar Urusan Wave 5. Ia dihadiri oleh ramai pelajar dan akan diajar bagaimana abang boleh menggunakan software Skor A. Lagipun, selepas seminar itu barulah abang akan dapat bayaran lagi tinggi. Dan tutor yang sudah menghadiri seminar diutamakan."

Skor A?

"Yup. Kami tak sediakan apa-apa buku. Kita guna sahaja software yang digelar Skor A ini. Mudah dan jimat," celah gadis dari Johor jurusan bachelor sains pertanian (akuakultur), tahun kedua.

Aku hanya mendiamkan diri. Nampaknya saya telah termasuk ke perangkap seminar MLM.

Kemudian, aku dan dua orang gadis tersebut naik ke tingkat atas pula mendengar sebuah seminar bertajuk Kompas Wang.

"Tuan-puan, saudara-saudari sekalian. Sekarang untuk berjimat kita payah. Hanya satu cara sahaja untuk kita pencen awal, iaitu menggunakan program commision based. Mudah sahaja... bla bla bla," bicara seorang lelaki botak berpakaian formal di hadapan pentas seminar.

Ramai orang botak kaya. Jadi jangan pelik saya botak sebab saya juga kaya!

Ceh. Promosi barangan suplemen mengarut dari Amerika (bukan HerbaLife. Tapi Berry apa entah) dan program Skor A. Dalam hati ni, nak sahaja aku kata,

"Bro, ada dengar pasal Aidid Muadib tak? Best blog dia. Ada penerangan jelas kepentingan Skor A kepada masyarakat dan kebaikan yang dibawanya."

Pada pukul 11 pm, kami pulang. Saya hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Saya tidak tahu mengapa hati ini sedih melihat dua orang gadis Melayu yang berumur lingkungan 20-an, sefakulti dengan saya mudah benar tertipu dengan program sebegini.

Mereka terlalu ralit ingin mencari wang sehingga lupa untuk berfikir sejenak. Berfikir mencari akan kebenaran yang ada. Bagaimana pula tugas saya yang mengetahui ini?

"Ya Allah ya Tuhanku. Engkau sedarkanlah mereka ini. Kurniakanlah kedua-dua orang gadis ini taufik dan hidayah-Mu agar mereka kembali mengingati-Mu dalam melakukan amal kebaikan."

Saya keluar dari kereta mereka. Saya ucapkan salam dan semoga doa saya dimakbulkan oleh Allah. Amiin.

11 mengomel

HAAA~ aku pun pernah pergi tmpat ni...
Tapi yang mengajaknye, MakLong aku sndiri yg juga mrupakan seorg cikgu sekolah rendah.. Beria2 la dia suruh kitorg (aku, mak & abah) join Skor A ni..
Tp time aku g tu, actually khas utk parents.. Ye2 la abah aku beli software skorA tu.. nk dkt seribu gak la kononnye utk anak2 yg nk amik PMR time tu..
Masalahnye, depa bukan duk cter cmne nk gune software tu.. tapi cmne nk buat duit dgn SkorA..

Aku pernah kena tarik dua tahun lepas kot, time tu dorang kata pasaran KT ni virgin lagi, masih banyak peluang nak jual.

Bagi aku ni produk baik. Cuma mahal sangat, kalau RM790 satu key tu mahal lah tu. Macam Aidid tulis, harga dirancang cuma 1/10 dari harga sekarang, iaitu RM79. Kalau RM79 baru lah sesuai dengan produk.

macam-macam cara cari duit... :(

Saya pernah terkena juga mcm nie..iklan dlm paper berbagai jawatan eksekutif, nama sampai sana putar belit macam2 last2 orng2 yg dtg utk interview dihantarnya keluar distribute flyers kat tpt tah apa2...saya lari balik sblm ikut telunjuk mrk..hati hatilah yer..

owh! masih belum berakhir benda-benda sebegini. Kaedah yg mirip seperti ini juga pernah saya kena. Kawan yg punya kerja. Tawaran - executive jualan. Bila sampai cerita pasal MLM. Punyalah 'birat' rasa hati tp tahan je, kena hormat org lain punya pasal. Lepas tu terus malas nak amik tau pasal kawan tu. Yg saya kena tu MLM yg suatu masa dulu HQ tepi federal highway kalo x silap, dicanang ramai artis join.

Nampaknya setiap daripada kita ada pengalaman sebegini. Alhamdulillah Allah selamatkan kita dari terjebak dengan perkara-perkara sebegini.

Tak apalah dapat keluar dari perangkap. saya kongsi cerita di blog.

Cuma, saya kasihan pada yang lain tak sempat keluar perangkap ini. =(

Tak apalah..apa yang ditulis jadi pengajaran pada yang lain.

haha...saya pernah diculik kawan saya untuk join benda ni...sebab dia kena paksa dengan kawan dia untuk cari downline...kesian dia, dah la perempuan, hampir RM 800 hangus begitu sahaja :)

Semoga dia mempelajari dari pengalamannya itu. Dan menyebarkan keburukan Skor A. Mengakui kesilapan dan meneruskan kehidupan adalah salah satu cara untuk terus kekal hidup di dunia ini.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon