Kimia on call

3 bualan
Pin It

Sungguh letih hari ini. Saya baru sahaja pulang dari kelas. Terdapat beberapa kerja yang perlu dilaksanakan kerana minggu hadapan sudah perlu menghantar tugasan ini.

Saya rehat sebentar di atas kerusi berhadapankan laptop. Facebook dan emel dilihat untuk mengetahui perkembangan terbaru di sekitar saya. Sungguh banyak notification yang keluar di facebook saya.

Tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Tertera nombor pejabat.

Ini membuatkan jantung saya berdegup. Adakah penantian saya akan terjawab?

"Hello. Assalamualaikum. Adakah ini Wong?"

"Waalaikumsalam. Ya, saya sedang bercakap."

"Ini panggilan pusat tuisyen. Wong boleh tak datang mengajar pada petang ini untuk subjek kimia?"

Eh? Biar betul. Aku dapat kerja jadi cikgu tuisyen kah?

"Adik boleh datang pada pukul 5.30 pm ini di pusat tuisyen kami."

Aku lihat jam di laptop. 4.00 pm. Nampaknya saya ada satu jam setengah sahaja untuk bersedia mengajar.

"Tapi kak, saya tiada bahan untuk mengajar. Ini pun kali pertama saya mengajar."

"Hmmm. Tak apa. Jadi cikgu tuisyen ganti sahaja. Bayaran tinggi tau dik."

Dengar sahaja bayaran tinggi,

"Baik. Saya datang 5.30 pm ini. Terima kasih."
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. "Hmmm. Tak apa. Jadi cikgu tuisyen ganti sahaja. Bayaran tinggi tau dik."

    Dengar sahaja bayaran tinggi,

    "Baik. Saya datang 5.30 pm ini. Terima kasih."

    Petang itu saya pulang dengan hati gembira. (ending)

    BalasPadam
  2. @wani
    terima kasih.

    @asrul
    ada sambungan la.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia