Jumaat, 21 September 2012

Jibunshi saya


自分史 atau Jibunshi dalam bahasa Jepun bermaksud autobiografi. Ia adalah penulisan kenang-kenangan (memoir) seseorang itu. Ia mungkin bersifat diari atau lebih daripada itu. Kerajaan Jepun menggalakkan rakyatnya menulis jibunshi agar ia dapat didokumentasikan untuk generasi akan datang atau tidak pun untuk bacaan dan pengetahuan keluarga si penulis.

Blog saya juga lebih bersifat jibunshi. Kebanyakan entri saya mempunyai unsur peribadi dan tidak berkait rapat dengan faktor pemasaran blogger kini. Saya ingin menjadi diri saya sendiri dalam dunia penulisan ini.


Definasi blogger bagi saya ialah orang yang terikat dengan pemasaran blog. Sibuk datang ke blog orang lain dan mempromosikan blog mereka. Memberi komen agar orang tersebut datang melawat blog mereka. Dari membaca komen itu  sahaja saya sudah tahu niat yang meninggalkan jejak di blog ini. Ia mudah dikesan berdasarkan gaya komen dan penulisan di blig mereka. Saya tidak kisah dengan itu kerana saya terus terang berkata saya bukanlah seorang blogger.

Saya hanyalah seorang penulis yang kebetulan mempunyai blog. Jika tak, saya hanya menulis dalam buku sahaja.

Oleh kerana saya juga seorang penulis, saya suka membaca jibunshi orang lain juga. Jika ada masa, saya akan melawat senarai-senarai blog yang tertera dalam blog ini. Penulisan mereka semuanya menarik dengan gaya tersendiri walaupun ada yang bersifat pemasaran blog.

Apapun, saya menulis hanya untuk berkongsi cerita bagi berkongsi pandangan bersama. Kenapa saya perlu terikat dengan pemasaran blog yang lebih bersifat jual beli?

Lagipun, di dunia ini kita hidup sementara sahaja, bukan? Kenapa perlu mencari keuntungan duit, jika kita boleh mendapat keuntungan menjalinkan silaturahim sesama insan?

Ketahuilah saya hanya ingin mencari kawan atau lebih tepat lagi sahabat. Sama sekali saya menolak istilah tambah pengikut (followers). Saya lebih suka gunakan istilah tambah kenalan, rakan atau sahabat. Ia mengikut tingkat seseorang itu kenal dari kenalan sehinggalah menjadi sahabat.

p/s: kalau boleh biarlah bersahabat hingga ke Jannah.

Biarlah blogger lain ramai 'pengikut'. Saya hanya ingin meramaikan sahabat.

3 mengomel

Wong, pd saya blogging itu berdasarkan niat mereka..mungkin 'blogger' ikut istilah u tu cr follower utk increase pageviews atau traffics..utk apa? mungkin utk iklan blog mrk ker.. tak slh jika cr kwn kerana blh menaikkan semngt utk menulis & penulisan pun blh improve..byk blog yg terkubur kerana 'berhantu' (sunyi).. jd blogger patut support each other bg semngat sikit..betul ker?

Mengikut pengalaman saya, blogger yang ramai followers ni kebanyakannya susah nak melayan kita nih yang sikit rakan. Komen terlalu banyak sampaikan tak terlarat nak melayan semua. Kalau datang ke blog kita nih, hanya sekilas pandang komen dan pandang sahaja. Saya tidak kisah mengenai itu. Itu sudah menjadi lumrah blog mereka.

Apapun, saya lebih gemar bersosial dengan orang biasa (follower sedikit) kerana entri mereka kebanyakannya mempunyai isi-isi yang ikhlas untuk berkongsi cerita. Dan saya seronok berkongsi pandangan bersama mereka. Ia salah satu cara kita merapatkan silaturahim di dunia Internet ini.

Blog puan pun menarik. Berkongsi mengenai Fiji. Teringin pula saya merantau ke luar negara. =)

Blog saya br belajar menulis jer..apapun traveloghort, mengembalikan nostalgia zaman campus..saya suka..
Inshaallah bila u dah steady nanti, blhlah mengembara..

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon