Semenjak saya kecil lagi, bahasa Melayu menjadi percakapan utama saya. Sedikit demi sedikit saya mula meminati bahasa kedua saya pula iaitu bahasa Inggeris. Ia diajar sejak saya mula tadika lagi.
Cikgu atau teacher bahasa Inggeris kami semasa darjah 1 sememangnya garang. Dia seorang wanita berketurunan India. Kurus orangnya. Kalau tak siap kerja rumah, siaplah. Habis buku dicampak ke muka kami atau terus keluar tingkap. Kadang-kala dikoyak-koyaknya buku. Sungguh menggerunkan!
Kenapa cikgu India perlu garang kepada murid darjah 1? (gambar hiasan) |
Dia sempat ajar kami selama 7 bulan. Kemudian diganti oleh seorang teacher tua pula. Yang ini berketurunan Melayu. Hujung bulan Oktober tahun itu, dia bersara. Jadi sempatlah dia ajar kami selama 3 bulan. Seronok sebab dia suka mengajar menggunakan lagu.
Kenangan belajar BI darjah 2-5... samar-samar. Entah lah. Seperti tiada apa yang dapat saya ingat sangat mengenai itu. Apa yang saya ingat, cikgu garang itu kembali mengajar kami semasa kami darjah 5! Yaiks!
Gerun! Tapi dia sudah tidak seperti dulu. Tak garang. Entah apa buat dia berubah. Dia kelihatan lebih baik dari dahulu. Sedikit demi sedikit dia bongkar rahsianya ketika mengajar kami. Dia sakit rupanya... Dia mengajar kami pun sekejap. Masuk darjah, cikgu lain pula.
Saya lupakan segala pembelajaran bahasa Inggeris saya dengan menonton drama-drama Inggeris. Pengaruh ini terhasil daripada kakak saya. Dia amat meminati drama-drama Inggeris. Masih saya ingat sanggup saya berjaga sehingga pukul 11 malam hanya ingin menonton satu drama pontianak bertajuk 'Angel'. Pagi esoknya sibuk saya bercerita bersama 2 orang sahabat karib saya, Hakim dan Fikri.
Yang peliknya, saya tidak faham pun sepatah haram apa yang mereka katakan. Bahasa Inggeris masih asing bagi kami. Namun, kami tetap rancak bercerita itu ini situ dan sana!
Tak lupa juga drama ahli sihir 'Charmed'. Sungguh terpaku kami menonton sihir-sihir mereka. Zuzzzz~
4 mengomel
wah! memang sungguh garang cikgu itu. Kenapa begitu garang ye?
Mungkin untuk mendidik anak murid dia agaknya. Kami kurang faham English, teacher. =P
kdg2 guru yg garang, student lebih senang nak ikut... tp, ana xgheti nak jadi garang, hu3...
Bila diingatkan kembali, ada betulnya juga. Saya percaya cikgu Hafiz tak garang kerana kasih sayang cikgu Hafiz lampirkan dengan cara tersendiri ketika mengajar murid-murid. =)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon