Teacher sungguh garang ketika mengajar! (gambar hiasan) |
Ketika darjah 6 terdapat seorang teacher baru berpindah ke sekolah kami. Dia seorang wanita Melayu berperwatakan garang. Sama seperti teacher darjah 1 saya. Mukanya pun garang. Tiap kali mengajar atau berkata-kata pasti nampak kegarangannya itu. Sungguh garang! Yang peliknya, dia ketawa riang bersama orang bukan murid, cikgu dan ibu bapa. Nasib dia tidak seganas teacher darjah 1. Huh!?
Teacher ini suka mengajar kami past tense. Dia lihat kami ini kurang memahami past tense. Dia berikan kami beberapa helai kertas terkandung senarai past-present-future tense. Kami diminta bangun dan menyebut senarai tersebut setiap kali kelas BI berlangsung.
Entah kenapa saya sampai sekarang keliru bagaimanakah past tense itu berfungsi. Nak gunakan bila? Semasa berkata, menulis atau kedua-duanya? Oh My English!
2 mengomel
Aaa! rupanya bukan saya seorang je menghadapi masalah Tenses, saya takde masalah dgn Past Tense tapi penggunaan Past Perfect Tense, dah berkali-kali tengok bila penggunaannya tapi masa menulis tak ingat dah...sampai sekarang tak tau camna nak solve.
teruskan usaha untuk memahaminya. =)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon