Saya suka berjogging. Ia satu senaman yang mudah dan menyihatkan. Pernah saya terbaca mengenai bapa jogging, James Fuller Fixx mengalami transformasi hebat setelah dia mula berjogging, sahaja.
Suasana cerah pada pagi ini di Putrajaya. Bagus untuk saya berjogging. Ketika saya keluar berjogging di awal pagi tadi, saya lihat gumpalan sampah bertebaran di lif.
"Aduh. Kenapa la warga Putrajaya Persint sini masih berada di tahap kelas ketiga? Padahal pegawai juga ada tinggal di sini." Berlalu pergi saya sambil berfikir.
Saya suka jogging sekitar 30 minit sahaja. Tidak kurang, tapi lebih. Cuma jarang sampai 1 jam. Kebosanan dan keletihan cepat sahaja menghinggap jiwa saya sebelum capai tempoh satu jam itu.
Tatkala jam sudah menunjukkan 30 minit masa berlalu, sebuah teksi memperlahankan keretanya sebelah saya.
"Adik, tumpang tanya..." |
"Adik, tumpang tanya. Itu jabatan Imegresen, tempat buat pasport di sini kat mana?" Tanya seorang lelaki berkulit gelap kepada saya.
"Mudah sahaja pakcik. Di hujung sana sahaja bangunannya. Yang ada pintu besar."
"Ok. Terima kasih ya adik." berlalu pergi teksi itu ke arah yang saya tunjukkan.
"Sama-sama," angkat tangan saya isyarat membalas terima kasihnya itu. Saya rasa puas hati kerana dapat membantu pakcik tersebut sampai ke destinasi penumpangnya.
Juga...
Hei, siapa kata orang Malaysia tidak suka ucap terima kasih?
2 mengomel
Aik, pendeknye entri.. hehe. tak puas baca.
Bukan kah kamu suka entri pendek? =)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon