Memaparkan catatan dengan label Inggeris. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inggeris. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Ogos 2012

Enjoyable English story books


Ketika di tingkatan 4, saya dapati sastera antalogi Inggeris menengah atas sungguh menyedihkan. Hampir semua tidak menyeronokkan. Penuh dengan kisah tragis. Drover's wife, sound machine, dan Looking for a Rain God. Oh kenapa perlu begitu?

Saya larikan kesedihan itu dengan mencari kelainan. Saya singgah membaca buku-buku cerita Inggeris yang terdapat di perpustakaan sekolah. Begitu banyak cerita-cerita yang menaikkan kembali imaginasi Inggeris saya. Antaranya ialah set Laser Beams. Menarik!

Siri laser beams memang menarik minat saya untuk terus baca buku cerita Inggeris.

Sungguh banyak buku siri laser beam. 
Walaupun tak padang dengan umur aku ketika itu... namun ia tetap menghiburkan.
Cuma tak lah semua aku ingat tajuknya...

Belajar past tense

Teacher sungguh garang ketika mengajar!
(gambar hiasan)


Ketika darjah 6 terdapat seorang teacher baru berpindah ke sekolah kami. Dia seorang wanita Melayu berperwatakan garang. Sama seperti teacher darjah 1 saya. Mukanya pun garang. Tiap kali mengajar atau berkata-kata pasti nampak kegarangannya itu. Sungguh garang! Yang peliknya, dia ketawa riang bersama orang bukan murid, cikgu dan ibu bapa. Nasib dia tidak seganas teacher darjah 1. Huh!?

Teacher ini suka mengajar kami past tense. Dia lihat kami ini kurang memahami past tense. Dia berikan kami beberapa helai kertas terkandung senarai past-present-future tense. Kami diminta bangun dan menyebut senarai tersebut setiap kali kelas BI berlangsung.

Entah kenapa saya sampai sekarang keliru bagaimanakah past tense itu berfungsi. Nak gunakan bila? Semasa berkata, menulis atau kedua-duanya? Oh My English!


Cikgu bahasa Inggeris yang menggerunkan!


Semenjak saya kecil lagi, bahasa Melayu menjadi percakapan utama saya. Sedikit demi sedikit saya mula meminati bahasa kedua saya pula iaitu bahasa Inggeris. Ia diajar sejak saya mula tadika lagi.

Cikgu atau teacher bahasa Inggeris kami semasa darjah 1 sememangnya garang. Dia seorang wanita berketurunan India. Kurus orangnya. Kalau tak siap kerja rumah, siaplah. Habis buku dicampak ke muka kami atau terus keluar tingkap. Kadang-kala dikoyak-koyaknya buku. Sungguh menggerunkan!

Kenapa cikgu India perlu garang kepada murid darjah 1?
(gambar hiasan)

Dia sempat ajar kami selama 7 bulan. Kemudian diganti oleh seorang teacher tua pula. Yang ini berketurunan Melayu. Hujung bulan Oktober tahun itu, dia bersara. Jadi sempatlah dia ajar kami selama 3 bulan. Seronok sebab dia suka mengajar menggunakan lagu.