Sebelum memasuki alam matrikulasi, saya pernah bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah stesen minyak Bercham. Kerja tukang lap cermin kereta.
Sering kali ketika itu saya terserempak dengan Wahid Senario mengisi petrol keretanya di situ. Ramah orangnya. Sayapun baru tahu bahawa Wahid Senario itu tinggal di Bercham bersama Isterinya.
"Eh, abang Wahid? Assalamualaikum. Apa khabar?" tegur seorang abang yang baru sahaja parking untuk mengisi petrol bertentangan kereta Wahid.
Dari situ barulah aku sedar yang lelaki setinggi aku ini adalah Wahid Senario. Aku ingat siapa la asyik tersengih lihat aku ketika aku bertanya,
"Abang, nak lap cermin kereta tak?" Wajib saya meminta izin dahulu. Jika tidak, ada yang memaki hamun kerana dia tidak mahu cermin keretanya dilap oleh orang bukan profesional.
Saya biarkan sahaja mereka berdua bersembang seketika. Apa yang seronoknya berjumpa dengan artis? Dia manusia juga. Dia perlukan kehidupan peribadi juga. Oh mungkin ingin mengeratkan silaturrahim?
Apa ya perlu buat jikalau kita bertembung dengan selebriti? |
Senyum sedekah boleh la.
2 bulan lepas saya mula kerja, ada seorang pekerja baru masuk. Namanya, saya rasa Faiz. Orangnya lembut lembut sahaja. Sebaya saya. Dia membonceng motorsikal ganas. Bermacam-macam tempekan sticker ganas pada cover motorsikalnya.
"Tak lah. Itu motorsikal abang aku. Aku ni pinjam je pun."
Lesen tiada ka?
"Alah, rumah aku dekat je lah. Nun kat taman tu..." jawab lembut Faiz.
Faiz ini memang mudah gelabah orangnya. Apabila pelanggan ramai beratur nak bayar duit petrol, habis gelabah dia buat kerja. Saya kadang-kala bantu dia. Buka kaunter juruwang tambahan.
Nak dijadikan cerita, satu hari itu, Wahid datang mengisi petrol di stesen ini. Pada awalnya si Faiz tidak perasan yang itu Wahid. Tapi setelah abang Wahid bayar barulah dia perasan.
"Eh, eh! Itu bukan kah abang Wahid Senario! Wow!"
Apa wow nya?
"Artis la! Ish. Ish. Macam mana ni..."
Apa yang macam mana macam mana?
"Kalau jumpa artis kena la minta sign. Aku tak la bawa kertas istimewa."
Ah kau. Mengada. Aku jumpa dia banyak kali tak hairan pun. Tu, buku nota kau. Bagi jela dia sign.
"Hmmm... malu la. Kau tolong aku boleh? Berikan nota ini kepada dia minta sign?"
Ah... mengada. Pergi sendiri.
"Alah..." muka masam Faiz kelihatan.
Dah dah. Pergi sendiri. Aku ni bukanlah peminat setia dia. Aku tonton senario pun jarang-jarang. Full House lagi syok.
Dengan itu, Faiz pergi tersipu-sipu ke arah Wahid yang sedang mengisi petrol itu...
Wahid seperti kelihatan terkejut dengan aksi Faiz. Dia ambil buku nota Faiz dan menandatanganinya dengan muka gembira. Agaknya dia berfikir, ada juga peminat aku lagi di sini.
Saya dan seorang lagi kakak di kaunter lihat sahaja dari jauh.
"Apa la Faiz ni. Macam tak pernah jumpa artis. Wahid tu tinggal sebelah taman dia je pun." Seloroh saya melihat gelagat mereka itu.
"Biarlah Wong. Artis ni bukan senang jumpa." Tangan kanan kak Imah berlalu ke mukanya, sambil mata berkelip-kelip bagai dia pula seperti seorang artis.
Saya pandang ke arah kak Ima. Saya senyum. Kak Ima pun senyum, lalu berderailah ketawa kami.
2 mengomel
full house lg syok. haha
setuju!
Drama Korea masa itu syok!
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon