Pemberi rezeki si Haji

4 bualan
Pin It
Peristiwa ini berlaku pada tahun 2011. Sewaktu itu saya masih lagi budak hingusan dalam dunia blog. Hampir semua cerita saya nak kisahkan di sini. Ini termasuk keburukan orang lain.

Ketika itu saya rajin ingin mencari wang saku tambahan. Kelas amalan ladang saya baru sahaja habis membuat eksperimen. Di situ terdapat banyak lebihan salad. Jadi, saya fikir apa salahnya saya ambil dan jualkannya.

Kawan-kawan sejurusan saya pun memberi kelulusan. Hati saya gembira.

Namun, disangkakan petang cerah sentiasa, hujan pula yang datang. Pegawai di situ menasihati saya agar tidak membuat perkara ini. Katanya melanggar undang-undang universiti.

Saya yang ketika itu begitu panas hati kerana sebelum ini dia ok sahaja. Mungkin kerana dia juga ditegur oleh pihak atasan setelah mereka nampak perbuatan saya itu.

Saya terus nukilkan ketidakpuasan hati saya di blog lama.

Nak dijadikan cerita, seorang kenalan saya daripada jurusan Sains Pertanian terbaca nukilan saya. Dia melompat girang dan mengkhabarkannya kepada pegawai tersebut. Selepas itu dia menegur, "Wong, baguslah tulisan blog kau. Aku dah beritahu kepada En. R." Tersenyum sengih sambil berlalu.

Pegawai itu tahu. Dia naik angin. Kebetulan pula, saya terpaksa ponteng dua kali kelas kerana merawat kucing abang saya di hospital verterinar UPM.

Saya rasa bersalah. Untuk tidak memanjangkan hal ini, saya berjumpa dengan pegawai tersebut selepas tamat ujian 1 kelas amalan ladang.

Ketika itu saya biarkan semua kawan saya berlalu pergi. Saya hanya ingin berjumpa dia dan saya. Saya tidak mahu kes ini dihebohkan.

Rupanya dia cool sahaja. Dia faham saya datang untuk minta maaf. Sedang kami berbual datang seorang pegawai atasan dia. Berpangkat haji.

"Ha! Kamu la pelajar yang bising-bising itu. Nampak sahaja baik, tetapi hmph." Herdik beliau kepada saya.

Badan saya terasa seram sejuk. Kaki menggeletar. Yelah. Saya tahu itu memang salah saya.

"Kamu tahu, kalau kamu teruskan perangai kamu ini, jangan haraplah kamu nak senang kelak. Saya boleh blacklist nama kamu di UPM. Bukan saya tak kenal orang-orang UPM dan partnernya," sambung Tuan Haji lagi.

Saya termengkelan. Apakah tulisan saya begitu menyakitkan hati beliau? Bukankah ini hal saya dengan encik R? Hati saya pilu. Pegawai yang selama saya hormati mengatakan dia mampu mengawal rezeki saya selepas saya bergraduat.

Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk pulih dari trauma ini. Kemudian saya menukar nama blog saya. Kenalan saya yang girang itu memerli saya selama sebulan. Saya abaikan sahaja sebab itu memang perangai manusia. Suka melihat kejatuhan orang lain.

Kini, saya sedar. Rezeki itu milik Allah. Manusia bukanlah pemberi rezeki. Namun, kenapa Tuan Haji itu boleh berkata begitu kepada saya? Saya sedih. Saya kecewa.

Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat takbur seperti itu.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Saya pernah berlaku begini, dan ia nya di FB, saya tulis hari ni, then esoknya dipanggil oleh lecturer yang berkenaan. After that, saya bukan tak menulis tetapi beragak untuk menulis, ada kadang-kadang hati terlampau panas sehingga saya menulis tanpa usul periksa, tetapi selepas daripada hal tersebut, saya tidak lagi menulis secara terang-terangan, kadang-kadang saya memberikan contoh dan maksud tersirat. Camtu.. hey, saya ada menulis fasal entry wong yang hak publish komen tu, itu inspirasi daripada tulisan wong. Thanks. salaam ramadhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan itu adalah dugaan daripada Allah buat kita yang memahami. Syabas! Saudara kini menjadi lebih matang.

      Saya suka 'open comment' kerana akan timbul satu keseronokan buat pengunjung yang meninggalkan komen di sini. Terasa dihargai sama seperti saya dihargai di blog orang lain.

      Tetapi itu bukanlah isunya. Yang penting komen yang ditulis, dibalas empunya blog. Betul tak?

      Padam
  2. seingat akak, setakat ini akak belum lagi menulis secara langsung mengenai ketidakpuasan hati akak di blog.. jika ada pun sengaja akak tulis kisah tu seolah-olah berlaku kepada individu lain (contohnya kawan atau saudara akak) atau akak biarkannya cerita itu tergantung.. walaupun kita bebas untuk bersuara di negara demokrasi ini, kadang kala ada orang yang memerhati dan tidak berpuas hati dengan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang kadang sesuatu itu lebih baik disimpan sahaja tanpa perlu ditonjolkan. Bebas bersuara tidak bermaksud bebas daripada hukuman akhirat.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia