Selasa, 11 Disember 2012

Pengaruh bahasa yang hebat


Saya amat berminat mempelajari bahasa ketiga buat diri saya ini iaitu bahasa Mandarin. Entah kenapa bahasa Mandarin hampir sebati dengan diri saya (ye ye jek). Heh.

Ketika kecil dahulu kakak saya cukup suka menonton drama-drama Hong Kong di TV3. Ini turut mempengaruhi saya untuk turut tonton bersama. Setiap hari minggu pada pukul 6 petang wajib untuk saya duduk di hadapan TV menunggu untuk menonton drama Hong Kong.

Pada awalnya saya tidak memahami apakah bezanya bahasa yang mereka tuturkan antara bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin. Setelah mengambil beberapa kelas bahasa Mandarin baru lah saya mengerti. Rupanya bahasa-bahasa orang Cina ni juga berpecah kepada beberap sub-bahasa. Bahasa Kantonis adalah antara bahasa dialek yang popular digunakan di Hong Kong. Manakala di Taiwan pula bahasa Hokein. Yang pasti mereka menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa baku mereka.

Kini saya tahu Jackie Chan berbicara bahasa Kantonis dalam hampir semua drama lakonannya.

Apa yang menariknya, bahasa Mandarin mempunyai nada yang dikelas kepada 4 nada. Ia lebih senang berbanding bahasa Kantonis yang mempunyai 7 nada!

Pengaruh bahasa Mandarin cukup kuat di stesen-stesen TV tempatan apabila banyak lambakan drama Mandarin disiarkan. Drama Korea juga tidak terkecuali dialih bahasa Mandarin. Saya pernah terpercaya 100%  drama 'Jewel In The Palace' adalah drama dari China! Mana taknya dengan peralihan bahasa yang cukup baik selari dengan mulut dan muka-muka pelakon mereka sepet sama sahaja seperti pelakon China. Oh ia sungguh mengelirukan saya.

Saya mula tahu ia drama Korea apabila saya terlihat pelakon heroin mereka beraksi dalam sebuah 'variety show' acara masakan. Eh!? Bukankah itu pelakon dari China itu? Kenapa boleh pula masuk dalam 'variety show' Korea? Pandai cakap Korea lagi tu.

Al-maklum la, zaman itu saya tidak tahu lagi guna Google. Hmmm...

2 mengomel

kawan saya dua beradik mampu berbahasa cina hanya dari menonton tv di rumah sejak kecil. huh. sudah jadi bahasa rasmi mereka bila ingin bercerita hal-hal rahsia dari diketahui emak atau kawan-kawan yang lain u__u"

Wah! Sama macam kisah seorang budak India yang pernah cikgu saya ceritakan. Dia duduk berjiran rumah Cina. Setiap hari dengan keluarga Cina tu marah anak mereka. Akhirnya dia pun boleh capak Cina. Dunia ni memang penuh dengan orang genius!

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon