Khamis, 1 Ogos 2013

Cerpen murahan



Terkesima saya apabila membaca syarat untuk memenangi hadiah yang seciput di blog Teman Cinta Hatiku.

Sungguh rendah nilai cerpen itu buat si mata penganjur. Hanya dengan jumlah Likes dan Comments penentu pemenang.

Huh!? Lebih baik saya menghantar karya cerpen saya terus ke media massa berbanding blog murahan itu. Cuba menjaja nilai blog yang apa entah.

Serius saya marah. Sebagai seorang peminat sastera, saya sama sekali menentang cara blog ini mempromosikan cerpen. Tiada nilai langsung.

Bagaimana ingin terhasilnya pengarang berkualiti jika cara lebih kurang ala-ala Akademi Fantasia digunapakai?

Maaf. Ini bukan cara saya.

3 mengomel

Hendak melantik panel penilai sastera untuk sebagai hakim, mahal. Saya melantik seorang pakar rujuk sastera untuk menilai teks2 yang saya pilih, dengan harga RM3K walaupun beliau tidak meletakkan harga. Ini kerana kita telah mengambil kepakaran dan masa beliau.

Rasanya peraduan begini lebih bersifat karya popular. Menilai karya yang sedap dibaca sahaja.

@Kak Dell
Oh begitu. Mahal juga apabila sudah bergelar pakar. Apapun, panel hakim bagi saya, empunya blog sendiri boleh menilainya.

@Tetamu Istimewa
Kalau nak menang, kacang sahaja. Betul tak?

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon