Untuk hari raya pertama dan kedua selalunya saya akan beraya sekitar rumah jiran dan saudara sahaja. Tidak akan pergi jauh.
Jarang juga saya ingin beraya ke rumah kawan jika tak dijemput. Ini berdasarkan pengalaman saya, mereka juga akan beraya di rumah saudara ataupun balik ke kampung halaman belah ibu atau bapa.
Selalunya saya akan SMS dahulu memohon masa mereka untuk beraya.
Oh bukanlah apa. Memang menjadi tradisi di hari raya, orang Melayu di Malaysia akan ziarah menziarahi sesama mereka. Jadi saya meneruskan tradisi yang baik ini. Di samping itu boleh lah saya mengenali rakan-rakan baru. Juga inilah masanya saya mengenali lebih rapat rakan saya.
Apatah lagi jika kawan sekolah lama menjemput datang ke rumah mereka beraya.
Walaupun begitu, atas desakan masa dan kerja, saya tidak dapat duduk lama di kampung. Hari ini akan pulang semula ke kota.
Sudah masanya menjadi serius semula. Lagipun, puasa 6 menjadi amalan sunat di bulan Syawal ini.
Ahad, 11 Ogos 2013
Perancangan beraya ke rumah kawan
Artikel Terkait
- ARE YOU SEEKING FOR A WEALTHY SUGAR MUMMY/DADDY/LESBIANS/GAY/IN ASIAN, ANYONE INTERESTED
- Saya terkesan akhirnya. Hari lahir saya jatuh pada Hari Malaysia. Namun hanya 2 orang rak
- Dalam hidup ini, terdapat banyak perkara saya kesali. Saya kesali saya tidak jadi pandai
- Ya itulah pengakuan saya pada pagi Ahad semalam. Awalnya saya menyertai riadah anjuran IS
- Semalam saya dan kawan-kawan pergi ke Sri Serdang untuk membeli alatan untuk projek ka
- Apabila mencapai 10 hari Ramadhan terakhir kebanyakan umat Islam akan diseru untuk mencar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon