Khamis, 15 Ogos 2013

Mencarut dan Memaki di dunia IT


Apa perasaan anda apabila anda pergi ke kedai dan ingin membeli barang, anda dirapati penjual. Dia mengeluarkan beberapa barangan yang ingin dijualnya. Kemudian, anda baru sahaja ingin memegang dan membelek, dia menjerit ke telinga anda?

Oh semestinya terkejut dan marah, bukan?

Apabila menggunakan huruf besar dalam penulisan, ia bermakna anda menjerit kepada pembaca.

Saya amat sensitif dengan perkara ini. Kerana itulah pernah saya memberi komen di dalam satu blog tentang tips penjagaan biji benih, empunya blog menggunakan CAPS LOCK dalam mengucapkan TERIMA KASIH.

Jadi saya mentafsir dia tidak sudi membaca apa yang saya sampaikan. Terus sahaja saya meminta maaf dan berundur pergi dengan cara sopan.

Saya seorang sahaja fikir begitu? Baik anda pergi ke blog editor Maznina Mohd Nor.

Jadi, jika anda sudah faham, mengapa sombong untuk mengetahui dan mengelak perkara ini? *sengih.

3 mengomel

Salam,
Mengata akak la tu, sentap tau! Wong kena faham, kadang-kadang orang yang bekerja gunakan komputer untuk masukkan data (guna huruf besar), tiba-tiba dia teringin sangat nak jawap komen dari pembaca blognya, lepas itu terus tekan enter. Haaa... jadi la macam tu, itu pun nak marah, tak baik tau! Apapun akak minta maaf atas kesalahan akak tu dan nak ucapkan terima kasih juga sebab posting kat FB tu.Hehehe....!! (Maaf komen bukan dari Bahasa Melayu tinggi)

Hmm. Begitu rupanya. Saya faham. Terima kasih kerana menjelaskkannya. =)

Tapi saya hanya buat case study je. Bukan kak seorang sahaja. Maaf la ya.

Blog En. Iskandar lagilah. Ada juga pembaca yang guna Caps Lock. Nasib baik En. Is itu baik orangnya. Layan sahajalah~

Blog jualan kak tu bagus. Tiada masalah untuk saya promosikan. Semoga Allah menambah rezeki kak. Amiin.

salam raya ye wong.kak lea ada juga sesekali terima komen guna caps lock.rupanya dia hendak semua yang baca entri kak lea ,akan perasan komen yang dia tinggalkan.entri kak lea tu mengenai rumpai laut :)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon