Setiap kali buka saya membuka booth jualan pasti ada pengalaman yang berbeza. Ada saja yang menjadi inspirasi buat ikan bilis ini.
Alhamdulillah selesai 2 hari di Karnival Aidilfitri LHDN Cyberjaya. Kakak depan booth saya ini jual baju wanita yang intrend fesyennya.
Dia sarat mengandung 9 bulan dan sedang tunggu hari bersalin sahaja. Anak ke 4. Kagum dengan kegigihan dan kegagahan dia. Siang di sini dan lepas asar di uptown. Setakat RM10k itu seperti gaji asas sahaja. Ada dia cerita sales sehari yang kasar biasanya berapa. (Sekali sembang xkan org bgtau, kene sembang mcm sdara sendiri baru nk org share)
Dan dia dari Seremban. Dia angkut baju, hanger, tolak troli semua sendiri. Tiada staf kerana stafnya buka booth baju di tempat lain.(ada beberapa booth di sekitar KL & Putrajaya).
Dengan keadaan seperti itu, dia kata "kalau akak tak bermeniaga, susah la. Punca rezeki akak memang yang ini. Akak sanggup buat semua ni walaupun akak puasa dan menunggu hari je ni (bersalin) sebab akak SUKA meniaga dan akak memang SUKA," sambil memegang perutnya.
"Suami akak tak suka. Lagipun dia memang tak pandai berniaga. Lalu, dia beri keizinan, apa lagi dik, akak pulun habisan sampai akak bersalin sendiri nanti. Kau muda lagi dik. Jangan cepat rasa lemah semangat. Orang Melayu kena kuat berniaga sebab kita memang bangsa berniaga sejak dulu. Ambil peluang. Jangan tunggu peluang."
Kakak yang berumur lewat 30-an itu memasukkan barang-barang jualannya ke dalam kotak.
Saya melambai tangan. Hebat.
sumber: Facebook group.
nota: Ini bukanlah pengalaman saya tetapi pengalaman orang lain. Harap maklum.

4 mengomel
Dari mana akak tu Wong? Kelantan ke? Selalunya wanita Kelantan suka berniaga.
Memang tabah akak ni.
perkongsian pengalaman yang menarik.. gigih betul kakak tu berniaga..
salam wong,sihat tak?owh kak lea busy tak sempat nak blogwalking.laaaa...dah dekat je dengan office mak.kalau tau boleh kak lea singgah booth wong.selamat bersahur ye..
@Semua
Erk. Ini bukanlah pengalaman saya. Ia pengalaman orang lain. Saya hanya menulisnya semula di blog agar dapat dijadikan tauladan buat saya dan orang lain. Harp maklum.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon