Jumaat, 23 Ogos 2013

Pergi ke Mines

Saya sedang membaca post lama kawan saya tentang travelognya dahulu.

Oh sungguh menggamit memori!

Saya teringat lagi semasa saya pertama kali pergi outing ke luar dari UPM. Saya ketika itu pergi bersama Haidi. Kami berdua menaiki bas UPM terus menunggu di hadapan fakulti Alam Sekitar.

Kami sebenarnya tak tahu bagaimana sistem bas di UPM bergerak. Jadi sebab itulah tunggu di sana. Tunggu punya tunggu, akhirnya kelihatan basa berwarna hijau biru membawa kertas KTM Serdang.

Huh. Apa lagi, kami terus naik.

Sampai sahaja di komuter Serdang, kami turun dan tertanya, manalah lokasi The Mines ini. Kami lihat hanyalah KTM dan bangunan di seberangnya pula deretan kedai biasa. Pelik.

"Mungkin nun di sana yang ada tertulis Giant," kata saya kepada Haidi.

"Kena naik teksi ke?" tanya dia pula.

Saya hanya mengunjit bahu tanda tak tahu.

"Adik mahu pergi mana?" Tiba-tiba seorang macha mendekati kami.

"The Mines."

"Jom naik teksi. Murah sahaja. RM10."

"Apa!?"

Kami berpandangan sesama kami.

Oleh kerana kami sangatlah naif pada hari itu, kami naik sahaja.

Sampai sahaja di depan The Mines, kami terkesima. Eh ini Mines ke? Atau yang ada tulis Giant tu?

"Abang, salah ni. Kami nak pergi yang ada Giant tu," kata saya.

"La. Kenapa you tak cakap awal-awal." Muka dia bengang.

100 meter daripada The Mines, Haidi kata memang tadi kita sudah ada di The Mines sebab kawan dia kata itu memang The Mines.

Aiseh. Salah. Kami minta teksi itu patah balik.

Sampai sahaja semula di The Mines. "RM20."

"Apa!?" saya mula nak naik hangin! Patah balik sahaja pun.

"Diskaun. Nah RM15." Serah saya.

Dia ambil sahaja. Agaknya dalam hati sudah tersengih dapat menipu dua budak polosan di tengah hari ini. Rezeki haram katanya. Cais.

Habis sahaja beli-belah, baru kami tahu jalannya pulang. Itu pun setelah kawan Haidi tunjuk jalannya. Pengajaran, jangan tanya pemandu teksi arah ke The Mines!

2 mengomel

Itulah dinamakan belajar melalui pengalaman. Ia tidak semestinya melalui pengalaman diri sendiri tetapi pengalaman orang lain melalui penceritaan dan pembacaan. Selamat maju jaya dalam pengajian.

Teringat pula masa belajar dulu. Memang teruja dapat ke Mines.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon