Pembelajaran Kenabian

4 bualan
Pin It

Ketika saya pergi melancong ke Jogjakarta, saya sempat melawat Pesta Buku Islamik anjuran Universiti Negeri Yogyakarta (UNY). Di sana saya terpegun melihat banyak buku Indonesia bersifat Islamik.

Banyak karya-karya tokoh ilmuan Arab diterjemah oleh penulis mereka. Jadi ilmu rujukan mereka tidak terhad kepada ilmuan Barat sahaja.

Buku ini dihadiahkan oleh sahabat saya, Sujono. "Moga antum dapat manfaat daripadanya. Penulis ini dozen ana."

Buku ini banyak melibatkan contoh daripada ilmuan Islam. Pasti al-Quran dan Sunnah kerap ditonjolkan, seperti tajuk yang diguna pakai.

Kemudian, ingatan saya terpalit untuk menyatakan bahawa penulis di Malaysia kerap kali menggunakan tokoh Barat dalam penulisan mereka. Kurang sekali mereka cuba kaitkan kejayaan Rasul, sahabat dan para salafu-soleh dalam penulisan mereka.

Selain jualan buku, pesta ini juga dipenuhi dengan diskusi bedah buku
oleh tokoh-tokoh penulis terkenal Indonesia.
Ini mungkin kerana rujukan di Malaysia tentang buku terjemahan daripada bahasa Arab amatlah kurang. Kalau ada pun lebih bersifat keagamaan. Lain pula di Indonesia. Jelas institusi terjemahan mereka aktif dalam menterjemah bukan setakat buku bahasa Inggeris malahan bahasa Arab.

Yang pasti, membaca buku ini membuatkan saya terfikir 'Rupanya ilmuan Islam jauh terkedepan berbanding ilmuan Barat yang lebih bersifat duniawi.'

Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. banyak juga buku-buku yang dijual di malaysia berasal dari buku-buku best seller indonesia yang diterjemahkan kepada bahasa melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan saya suka membaca Lasykar Pelangi dan Negeri 5 Menara.

      Padam
  2. Saya dah baca Laskar Pelangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ternyata ia sebuah novel yang popular.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia