Kisah Milo

7 bualan
Pin It
Kisah ini bermula apabila saya dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di kedai makan.

Saya pelik melihat rakan saya seorang ini. Dia tidak minat minum milo. Ramai sahaja rakyat Malaysia yang minum milo. Ia minuman popular.

Dia hanya senyum sahaja apabila melihat saya minum milo. Dia tidak berkata apa-apa.

Kemudian kami semua bersurai setelah solat maghrib bersama. Saya melepak berdua dengan dia di gazebo berdekatan.

Suasana sepi seketika. Saya tak tahu ingin berbual apa. Tiba-tiba dia memulakan bicara.

"Wong, kau nak tahu kan kenapa aku tak minum milo?"

Saya mengangguk.

"Semua kerana saudara aku."

Dia memandang ke hadapan ke arah tasik yang terbentang luas.

"Mereka terseksa."

Eh?

Kemudian saya lihat dia mula tunduk ke bawah. Saya rasa bersalah.

"Kau tahu tak Wong, siapa saudara aku itu?"

Saya hanya diam. Saya tak tahu untuk jawab apa. Situasi seperti menjadi tegang.

"Palestin. Syria. Mesir."

"Aku tak nak di akhirat nanti aku ditanya oleh Allah apa yang aku buat demi saudara aku di sana. Aku tak mahu aku dipersalahkan kerana menyumbangkan 1 sen aku kepada pembunuh mereka."

Saya diam lagi.

"Milo adalah produk Nestle. Banyak lagi produk yang menyalurkan dana ke Israel. Walaupun dikatakan boikot itu tiada apa-apa, tetapi sekurang-kurangnya aku lega."

Dia memandang ke hadapan.

"Aku lega nanti aku dapat jawab di hadapan Allah aku telah berusaha menjauhi diri aku daripada terus berkomplot secara tak langsung dengan musuh Allah."

Masa seperti terhenti seketika. Kami berdua diam sahaja.

"Umat Islam di Malaysia hebat pembelajaran ilmu agamanya. Cuma, aku kadang kadang kesal dengan ilmu kefahaman mereka."

Hati saya remuk. Rakan saya ini rupanya telah mempunyai kesedaran begitu besar tentang saudara-saudara Islam kita di sana.

"Mereka berjuang demi Islam. Mereka hidup demi Islam. Tak bolehkah kita membantu mereka dengan memboikot makanan yang menghancurkan mereka?"

"Dulu aku pernah bekerja di McD. Kemudian aku berhenti. Lebih baik hati aku ini tenang. Aku sudahlah tidak banyak pahala. Aku tidak ingin pula menambah dosa."

Saya terdiam. Dia memandang saya.

"Yang kebiasaan tidak semestinya kita perlu ikut. Kita diberi oleh Allah pilihan. Dan aku memilih untuk membantu saudara aku di sana dengan memboikot. Itu salah satu puasa kita terhadap nafsu yang dapat membantu saudara kita di sana. Allah tak menilai hasilnya tetapi Allah menilai usaha kita."

"Aku tak salahkan kau. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati setelah kerap kali kau bertanya kenapa aku tak minum milo."

Dia menyentuh tangan saya. Dia seperti tahu air muka saya seperti sudah berubah.

"Jom, kita pergi ke masjid Solat Isyak."
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 ulasan:

  1. Huhu Wong...entry ni....sangat bagus dalam meningkatkan kesedaran umat Islam....syabas Wong dan sahabat :)

    BalasPadam
  2. sy kurang setuju dgn idea boikot ni.. kenapa kita nak haramkan benda yg halal? yg dihalalkan oleh jakim? hahaha! kalau nak boikot, boikot la semua, takkan tak minum milo, McD je.. banyak lagi kena boikot, television, facebook? hehe

    btw, pernah dengar pasal 'muslim village'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Azham
      Semoga ia bermanfaat.

      @PC Kokak
      Seperti yang kawan saya katakan kepada saya, dia hanya menceritakan mengapa dia boikot. Dia tidak menyeru saya untuk boikot.

      Tertakluk kepada kesedaran individu itu sendiri. Yang penting kita semua berusaha kerana sesungguhnya Allah menilai usaha kita bukan hasilnya di akhirat kelak.

      Mari, kita lakukan apa yang terbaik bagi menolong saudara kita di sana.

      Padam
  3. muslim village? Tak pernah pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'muslim village' ialah jawapan/idea paling baik yg sy pernah dengar kalau berkaitan dgn 'boikot'...

      cuba tanya pakcik google atau makcik youtube apa tu 'muslim village' hehe

      Padam
  4. Oh, begitu ceritanya. Nampaknya kesedarannya sangat tinggi.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia