Sabtu, 17 November 2012

TITAS, sejarah yang kian dilupakan


Saya mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) awal semasa saya di semester pertama. Ketika itu ramai rakan sejurusan saya sibuk untuk mengambil kelas sama. Saya pula terpinggir nun tinggal di kolej tradisional manakala mereka tinggal di kolej serumpun. Tidak dapatlah saya berkomplot bersama mereka mengambil kelas yang sama.

Saya fikir, kelas saya ketika itu semuanya bermula pada waktu 10am-12pm, lalu apa salahnya saya ambil kelas pada waktu 5pm pula. Maka saya pun memilih kelas TITAS berjadual 5pm-7pm.

Setelah dibelek buku jadual subjek UPM, saya akhirnya memilih untuk ambil kelas pada hari Selasa, 5pm-7pm bertempat di Dewan Kuliah Sains. Pada ketika itu langsung saya tidak tahu DKS di mana. Hampir-hampir sahaja saya tersesat di bangunan pentadbiran dan bertanyakan pengawal keselamatan wanita di situ di manakah DKS.


Rupanya DKS berdekatan dengan Fakulti Ekologi Manusia. Peta yang berada di tangan ketika itu tidak membantu saya langsung! Bagaimana DKS boleh dihalakan ke bangungan pentadbiran. Haha. Malu juga la saya ketika itu tersesat ke sana seorang diri.

Saya pada awal minggu itu masih belum lagi mendaftr kelas TITAS kumpulan 42. Hanya ingin masuk dan lihat cara pensyarah itu mengajar. Jika sesuai barulah saya mendaftar. Alhamdulillah sepanjang kelas berlangsung, pensyarah yang memperkenalkannya diri sebagai En. Hazman, selaku pensyarah tambahan dijemput dari Universiti Malaya (UM), mampu membawa kelas ini dengan baik. Nota kelas ada beliau berikan.

Kelas yang berjumlah 60 orang pelajar ini majoritinya dipenuhi dengan pelajar jurusan pendidikan dari kolej Enam.

Pada minggu kelapan, beberapa nama pelajar dipanggil untuk berdiri di hadapan kelas oleh En. Hazman. Aku pelik kerana nama aku turut tersenarai dalam panggilan itu. Adakah aku telah membuat salah? Setahu aku tugasan tidak ada diberikan langsung.

"Semua pelajar yang berdiri di hadapan saya ini perlu diberikan tepukan gemuruh," kata En. Hazman diikuti dengan bunyi tepukan gemuruh oleh semua pelajar di dalam DKS. "Mereka mendapat markah ujian satu lebih dari 24 ke atas."

Sememangnya bagi saya, TITAS ini tidak susah kerana saya memang meminati sejarah tamadun sejak dahulu lagi. Terdapat sebuah buku TITAS terbitan UM yang saya baca ketika saya di tingkatan 5. Buku itu milik kakak saya yang sedang menuntut di USM ketika itu. Saya terpersona membaca kisah dan budaya umat terdahulu.

Sejarah... ia satu pengajaran buat umat hari ini dan ia seperti roda bergolek. Yang naik akan turun, dan yang turun akan naik. Orang yang tidak mengendah dan melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan orang terdahulu.

Lagipun, soalan ketika itu adalah soalan objektif. Hitamkan ruang ABCD sahaja. Ia menguji kefahaman dan sedikit ingatan di situ.

Mungkin zaman kami dikira nasib baik kerana sekarang ujian TITAS adalah soalan subjektif. Maknanya pelajar perlu menulis kefahaman mereka sepanjang tempoh 8-14 minggu kelas berlangsung.

Alhamdulillah. Akhirnya berkat usaha dan pertolongan daripada Allah, saya berjaya mencapai keputusan cemerlang untuk subjek 2 jam kredit ini.

Yang pasti, buku-buku dan nota-nota yang saya belajar ini tersemat rapi di kotak maklumat di rumah saya. Ia menjadi sejarah yang kian dilupakan ramai, tapi bukan buat saya. (kalau tak mana mungkin saya menulis kisah ini di sini?)

2 mengomel

Saya pun suka dengan kelas TITAS. Dalam kelas sejarah orang asli, pensyarah minta pelajar2 ulas apa2 bekenaan orang asli. Saya secara peribadi sudah agak pensyarah tersebut orang asli kerana dah terbiasa dengan orang asli sbb ayah saya mengajar di salah sebuah sekolah orang asli. Di akhir kelas, pensyarah itu memaklumkan dia orang Semelai. Semua pelajar tergamam heheh

Itu dikatakan saat epik buat mereka. Heh. Sejarah semestinya mengajar kita sesuatu. =)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon