Nasi menangis

2 bualan
Pin It
"Ibu, bila lagi mahu siap, Ezzah sudah lapar,"

"Kejap sahaja lagi. Sabar la sayang. Kita tunggu nasi masak," sibuk Ibu menghias meja makan dengan lauk-lauk makanan tengah hari ini. Aku hanya memerhatikan sahaja. Sungguh lapar perut aku ini.

"MMMmmm. Sedap masakan ibu ini. Pandai ibu masak. Ezzah nanti besar nak jadi Ibu yang pandai masak," sambil aku menjilat jari-jari tangan aku. Terdapat beberapa butir nasi lagi di atas pingganku ini.

"Baguslah begitu. Gembira ibu lihat Ezzah makan dengan bersungguh-sungguh. Kalau makan nasi, biar habis. Nanti nasi menangis di akhirat. Kasihan mereka," pesan ibuku.

"Kenapa nasi menangis, ibu?"

Ibu hanya tersenyum sambil mengusap-usap umbun kepalaku...

----



Kini telah tiga puluh tahun berlalu. Sungguh aku merindu saat aku makan bersama ibu itu. Sekarang aku pun sudah bergelar ibu. Sungguh aku tidak sangka pemergian ibuku itu begitu aku terasa sampai sekarang.

"Ummi, apa yang termenung itu?" tanya Laila, si anak kecilku itu.

"Oh, tidak ada apa. Ummi teringat masakan Opah dulu,"

"Sedapkah masakan Opah, ummi?"

"Sedap. Samgat sedap. Ummi selalu makan sehingga menjilat jari,"

"Kalau begitu, Laila pun nak jadi tukang masak hebat macam Ummi lah. Biar ilmu memasak sedap Opah itu tidak hilang ditelan zaman," senyum Laila kepada aku.

Apabila aku telah mendirikan rumah tangga ini barulah aku mengerti apakah itu menjadi seorang tukang masak untuk sebuah keluarga. Gembira apabila setiap masakan aku habis dimakan oleh suami dan anak kecilku.

Kadang-kala Laila tidak lalu untuk habiskan makanan. Aku tidak terus membuang makanan itu. Aku ambil makanan itu dan makannya. Aku mahu mengajar kepada anakku Laila bahawa di dunia ini kita tidak boleh membazir. Ada di antara saudara kita yang kelaparan sepanjang hayat mereka.

"Makan biar habis tau Laila. Nanti nasi menangis di akhirat," itulah pesan aku terhadap si kecilku itu.

"Kenapa nasi boleh menangis pula, ummi? Bukankah ia tidak boleh berkata?"

"Di akhirat nanti, semua makhluk boleh berkata. Bahkan segala anggota badan kita akan berkata. Lidah kita terkunci rapi ketika itu. Nasi pasti akan berkata kenapa tidak habiskan ia walhal di bahagian lain dunia ketika itu ada yang kelaparan. Kenapa kita tidak mengingati saudara lain malahan membazir makanan begitu sahaja?" Aku cuba terangkan seringkas mungkin kepada si kecil ini.

Walaupun masih budak, Laila seorang yang cepat memahami.

"Begitu yea ummi. Nasi boleh menangis kerana orang lain, kenapa lah kita pula boleh membazirkan. Betulkan  ummi?"

Aku hanya tersenyum sambil mengusap-usap rambut Laila.

Pasti dia sudah mengerti apa yang aku katakan itu. Semoga kemudian hari dia pula dapat memberitahu kepada cucuku kenapa nasi menangis.

Jangan biarkan bumi menangis kerana pembaziran kita.

Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Sedih....sebab dulu masa kecik my mother told me the exact same word! Teringat zaman kanak-kanak....naif betul masa tu sbb memang sy ingat nasi itu akan menangis huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara nasihat orang tua kepada kita kan? =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia