“Horticulture is heavily dependent on three broad areas of knowledge: Science, Business, & Art. An appropriate balance and interaction of these three components is necessary for success in Horticulture. Rare indeed are the fields that can claim such a dependence on all three broad areas of knowledge!”
“Hortikultur amat bergantung kepada 3 bidang pengetahuan: Sains, Perniagaan, dan Seni. Satu keseimbangan dan interaksi antara 3 komponen ini amat penting bagi kejayaan dalam Hortikultur. Jarang untuk bidang-bidang ini yang boleh mengatakan tak bergantung antara satu sama lain kepada 3 bidang pengetahuan ini!”
- Prof. Bailey L. H.
Dahulu isitilah hortikultur jarang digunapakai di Malaysia. Ramai di antara rakyat Malaysia hanya mengenali istilah 'pertanian' sahaja. Ini bertambah pelik lagi di mana pernah ada satu kes ketika senior saya memohon kerja di Jabatan Pertanian mereka bertanya,
"Apakah Sains Hortikultur ini? Kami terima pelajar pertanian je dik."
Bayangkan orang JP sendiri tidak tahu apa itu Sains Hortikultur? (kes ini berlaku 5-6 tahun yang lepas).
Bagi saya pula jika ada yang bertanya ambil jurusan apa di UPM, saya jawab
"Sains Horticulture di bawah Fakulti Pertanian."
"Oooo. Sains Horticulture.." sama ada mereka minta ulang semula apa yang saya sebut atau
"Apa itu?"
Kebelakangan ini sahaja istilah 'hortikultur' mula mendapat perhatian ramai. Malaysian Agriculture, Horticulture adn Agrotourism (MAHA) menjadi contoh terbaik untuk ini.
Menyingkap sejarah Bacelor Sains Hortikultur di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, sebenarnya jurusan ini telah pun lama bertapak ada sejak UPM menawarkan jurusan pada peringkat ijazah sarjana muda. Cuma apa yang menyedihkan pada tahun 1998 ia telah ditutup atas dasar politik ketika itu tidak menyokong pertanian. Mereka gantikan dengan Sains Bioindustri.
Namun, Sains Bioindustri sememangnya tidak mendapat sambutan. Pelajar hanya belajar pertanian dan hortikultur secara teori tanpa menjejakkan kaki ke ladang. Akhirnya jurusan ini dibubarkan.
Bacelor Sains Hortikultur dibuka semula dengan menerima kemasukan pelajar baharu bermula tahun 2002.
Baiklah, sebelum saya meneruskan lagi perbincangan ini, pembaca fahamkah apa yang dimaksudkan dengan hortikultur? Adakah ia budaya panas? HOT culture?
Sebenarnya istilah 'hortikultur' berasal daripada 2 perkataan Latin iaitu Hortus yang bermaksud taman atau kebun, dan Colere yang bermaksud penanaman. Jadi hortikultur boleh didefinasikan sebagai sains atau seni penanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga serta landskap.
Mengikut keterangan dalam prospektus Fakulti Pertanian 2008/2009
Bacelor Sains Hortikultur adalah program pengajian sepenuh masa yang memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran, teknik dan amalan hortikultur. Ini akan membolehkan mereka menterjemah ilmu yang dipelajari kepada pengurusan teknologi moden dalam industri hortikultur untuk faedah manusia sejagat. Kursus dalam program ini merangkumi sains asas, biologi gunaan, sains tanah, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi. Aspek-aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian bisnes hortikultur merupakan komponen penting dalam program ini. Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar akan didedahkan kepada situasi sebenar dengan menjalani latihan praktikal di industri berkenaan.
Bidang hortikultur mengandungi empat divisi terbesar. Pertama, pomologi iaitu sains dan amalan menanam dan mengendalikan pokok buahan. Kemudian olerikultur, pengfokusan pada penanaman dan penyimpanan sayuran. Bahagian ketiga pula, florikultur iaitu sains menanam, menyimpan, dan mereka tanaman bunga. Kategori terakhir, hortikultur hiasan dan landskap, menumpukan pada penggunaan rumput, tumbuhan, dan pokok renek di landskap.
Hiasan landskap yang indah memerlukan seorang ahli hortikultur sebagai penasihat. |
Pomologi untuk sesiapa yang minat makan buahan. |
Secara amnya, ketika di awal tahun, subjek-subjek yang saya ambil kebanyakannya lebih kepada asas-asas pengenalan tumbuhan seperti subjek Biologi Sel dan Genetik, Fisiologi dan Botani Tanaman Hortikultur, Manusia dan Pertanian dan lain-lain. Ketika ini saya masih lagi diambang ketidakketahuan apakah itu hortikultur. Tampak sama sahaja seperti pelajar Sains Pertanian.
Masuk sahaja tahun kedua, isi-isi pembelajaran Sains Hortikultur mula jelas. Subjek-subjek seperti Pomologi. Olerikultur, Hortikultur hiasan, Entimologi Asas dan lain-lain membuka minda saya ke tahap yang lebih atas. Saya mula berminat dengan subjek-subjek yang dipelajari. Sungguh saya teruja kerana apa yang saya belajar boleh membawa kepada kehidupan di sekitar saya. Di waktu inilah terdapat perbezaan ketara pembelajaran budak Sains Pertanian dengan budak Sains Hortikultur. Budak SP lebih kepada tanaman industri seperti padi, kelapa sawit, getah dan tanaman kontang yang lain. Manakala budak SH lebih kepada buah-buahan, sayur-sayuran, bunga dan landskap.
Walaupun ia seperti teknik-teknik orang berkebun di hadapan rumah, tapi bukankah itu yang membekalkan makanan kepada dunia ini? Lihatlah Belanda. Negaranya kecil tapi mampu menjadi pengeksport utama tulip di dunia. Kenapa tidak Malaysia yang dirahmati dengan hujan sepanjang tahun? Kita perlu berlari untuk mencapai kejayaan dalam industri hortikultur ini.
Pada tahun-tahun berikutnya, saya terdedah pula kepada subjek-subjek elektif. Ketika inilah saya mula sedar minat saya ke arah mana dalam bidang serba boleh ini. Jika tidak minat buah atau sayur, boleh sahaja memilih bunga dan landskap sebagai kecenderungan kita. Itulah uniknya pelajar BSHTK.
Antara subjek yang saya telah ambil ialah seperti Kesuburan Tanah 2, Apikultur (kajian lebah madu), Pengurusan Rumput Turf, Fisiologi Lepas-tuai, dan lain-lain. Sesungguhnya subjek-subjek tersebut amatlah berguna untuk saya ketika bekerja nanti. Tidak kiralah jika pekerjaan saya itu akan berkaitan dengan industri hortikultur atau pun tidak. Malahan saya juga boleh mempraktikkan apa yang saya pelajari dalam kehidupan harian saya.
Ramai juga rakan-rakan sejurusan mengambil subjek landskap. Al-maklumlah, mereka kurang meminati tanaman makanan. Saya pula kurang meminati tanaman hiasan. Apapun, kini ramai rakan-rakan saya itu sudah pun bekerja di alam landskap. Sungguh hebat belaka mereka!
Tidak kurang juga minat saya ini bertambah kuat dek kerana pengajaran pensyarah-pensyarah di sini. Kebanyakan pensyarah di Fakulti Pertanian ini adalah antara yang telah mengajar di UPM sejak tahun 70an lagi. Mereka sememangnya mempunyai pengalaman dalam pengajara ini sungguh lama. Yang pasti, penyelia untuk projek tahun akhir saya telah mengajar saya banyak akan erti kehidupan ini. Ia mungkin sedikit apabila orang mendenganrnya tapi ketahuilah yang sedikit itulah menjadi enzim pemangkin industri hortikultur Malaysia.
Tidak kurang juga minat saya ini bertambah kuat dek kerana pengajaran pensyarah-pensyarah di sini. Kebanyakan pensyarah di Fakulti Pertanian ini adalah antara yang telah mengajar di UPM sejak tahun 70an lagi. Mereka sememangnya mempunyai pengalaman dalam pengajara ini sungguh lama. Yang pasti, penyelia untuk projek tahun akhir saya telah mengajar saya banyak akan erti kehidupan ini. Ia mungkin sedikit apabila orang mendenganrnya tapi ketahuilah yang sedikit itulah menjadi enzim pemangkin industri hortikultur Malaysia.
Kesimpulannnya, BSHTK bukanlah suatu bidang yang boleh dipandang enteng. Perjalanan saya sepanjang 4 tahun menjadi pelajar BSHTK betul-betul membuatkan saya bersyukur kerana telah memilih jurusan ini. Ya ia mungkin tampak salah tapi apakah hati ini peduli akan kata-kata orang luar? Hanya jauhari jua kenal manikam.
galeri kejayaan budak hort:
Pelajar praktikal.... |
Kini pengurus ladang |
Dulu pekerja buruh... |
Kini... penyelia landskap di KL |
Dulu buruh semasa praktikal... |
Kini... penyelia landskap |
Maklumat tambahan:
45 mengomel
Salam sejahtera...
Menarik bunyi yer kursus ni. Boleh ker kalau ambik few subject jer tak ambik d whole thing? Interested sgt nak belajar pasal horticulture...
Anyway, boleh tak kalo sy mintak tolong mintak contact/email one of d lecturer kat sana yg expert pasal entomology.. saje sy nak tanya beberapa soklan pasal pests kat umah... thanks in advance..
rough7976@yahoo.co.uk
thnx 4 dis...
*freshman was here~~
you're welcome!
glad to help people know about horticulture course.
Sama-sama lah kita menaikkan nama hortikultur yea~
Salam. Saya pelajar matrikulasi. Skarang ni dlm semester trakhir jd saya trcari-cari kursus apa yg saya patut saya ambil. Saya berminat dgn sains hortikultur tp saya nk tanya.. kalau kita tak ada asas2 dlm prtanian.. mcm menanam pokok.. boleh x kita ambil jugak kursus ni? Kalau mngikut perspektif job market di Malaysia mcm mana?
Tak apa. Saya pun takda asas pertanian. Course horticulture ni lebih kepada pembelajaran buah, sayur, dan bunga. 3 asas tu akan diajar dari segi morfologi botani hinggalah cara tanam. Cuba lihat senarai kursus yang saya nyatakan. :)
Kalau job market, usah risau. Luas! Memang banyak. Dari pengurus padang golf, pengurus syarikat Sime Darby (RM4k), konsultan syarikat hortikultur, analisis pasaran hortikultur dan banyak lagi. Usah risau. Yang penting minat tu mesti ada. Kalau minat tumbuhan, insya-Allah Horticultural Science adalah pilihan tepat saudari.
Tak percaya, tanya pada blog @mira Zaini... :)
Oh.. macam tu.. Terima kasih banyak2 sebab menjawab pertanyaan saya. Saya minat haiwan dan tumbuhan jadi saya pun tak tahu sama ada nak ambil bidang yang berkaitan dgn haiwan atau tumbuhan. Kena buat solat istikharah ni..
Melalui sains hortikultur, kita boleh jadi researcher tak? Macam2 la saya ni kan.. haha
Memang dialu-alukan. Di UPM ni memang nak researcher (kena sambung sampai phD) sebab kurang researcher tumbuhan ni. Terutamanya plant breeders. Insya-Allah, saya pun nak jadi researcher gak. Tapi lari sikit bidang ni. Masuk researcher kesuburan tanah.
Kalau haiwan, boleh pilih nak vet atau sains ternakan (animal science) UPM. Sains ternakan tu namanya macam ternakan tapi sepatutnya animal science sebab diorang belajar pasal semua macam jenis haiwan. Sama cam vet tapi kurang setahun jer.
Apapun, minta petunjuk dari Allah. Dia maha mengetahui mana yang terbaik untuk kita.
Kalau hortikultur jawapannya, jangan segan2 contact bebudak hort sini untuk pertanyaan lanjut. @Mira zaini junior saya. hehe. Saya dah nak graduate pun.
Ok. Insya-Allah..
Terlebih dhulu, saya akan mohon petunjuk dari Allah. Insya-Allah, bila saya dah buat keputusan nanti, saya maklumkan di blog.
Terima kasih dan tahniah sbb dah nak graduate :D
Sama-sama. Saya doakan awak juga dapat membuat pilihan terbaik. Amin.
assalamualaikum..
apakah kah bidang krjya dlm kursus ini
sory...sy ambik entry nie without inform..really sory..
want to take this course..but seems like hve to forget it..my mum didnt allow..she ask me to take medic.. :(
Alhamdulillah dapat mengetahui akan Dr Siti Hajar Ahmad setelah sekian lama tak jumpa. Nampaknya masih mengekalkan identiti garang tetapi baik hati. Itu yang buat dia unik dan sentiasa diingati oleh pelajar-pelajarnya. :)
Hai. sy terjumpa blog ni. nk komen la. ni first time saya dgr cos hortikultur. sblom ni dgr pertanian, perladangan.
Hai =).
Semestinya ia baru bagi kamu bukan? Jangan segan, jangan silu untuk bertanya jika ada soalan yang menerjah minda mengenai hortikultur.
Insya-Allah, jika berkesempatan akan saya jawab.
hai saya nak tanya apa beza sains horikultur dengan sains bioindustri,mcm kedua2nya dari bidang pertanian.boleh bagi komen?
Ringkasnya, Sains Bioindustri bersifat belajar mengikut teori dan amat kurang ke ladang. Manakala Sains Hortikultur belajar teori dan praktikal.
Maksudnya Sains Hortikultur mempunyai kerja-kerja ladang bagi meningkatkan lagi kefahaman para pelajar.
Jadi mana kamu rasa lebih baik? Teori banyak, praktikal sedikit. Atau teori dan praktikal?
hai saya pelajar asper nak tanya berbaloi tak kalau ambil Sains Hortikultur memandangkan saya minat kepada tanaman hiasan? sila bagi komen...terima kasih~
Assalamualaikum.
Dari segi berbaloi atau tak, itu adalah subjektif. Ijazah bukanlah semata-mata untuk segulung sijil sahaja.
Jika berkata tentang ilmu, semestinya. Adakah adik baca penerangan saya di atas. Ada apa-apa yang tak faham? Mungkin saya boleh terang lebih jelas lagi?
Assalamualaikum,saya student matrikulasi semester 2(akhir) dan saya bercadang nk ambil course ni,pointer pling baik utk mlayakkan saya tu brapa ya ?btw blog ni menarik!
Waalaikumsalam. Bac. Sains Hortikultur bukanlah sekeras bidang perubatan. Asalkan minat, usaha, dan doa, insya-Allah dapat tawaran ke jurusan terhebat ini. =)
waalaikumussalam...
ok, dah baca tapi...sebenarnya saya takut kalau tersalah pilih course masa degree nanti...saya ambil asasi sains pertanian upm sekarang...saya nak tahu kerja apa je nanti saya boleh mohon kalau dah graduate untuk bachelor sains hortikultur ni? btw terima kasih kerana sudi membalas komen ini :)
Bidang kerja hortikultur ni banyak dik. Rakan-rakan saya ada yang kerja manager landskap, padang golf, dan maintenance taman. Ada yang kerja dalam penyelidikan. Jabatan pertanian. Ada yang buat bisnes nurseri. Saya nak terang pun susah sebab bidang hortikultur ni luas. Tidak tertakluk kepada kerja bawah orang. Hampir semua yang berkaitan tanaman dan tumbuhan, pasti memerlukan horticulturist.
Nasihat saya sebagai seorang graduan kepada yang nak ambil degree, ambillah bidang yang minat. Insya-Allah, rezeki pasti ada. Ambil kisah ini sebagai iktibar
http://traveloghort.blogspot.com/2012/07/berhenti-tanya-major-saya.html
Assalamualaikum:)
Saya student Diploma PEngurusan Ladang dari UiTM semester 5, saye berminat untuk sambung degree dalam bidang nie, tapi di UiTM tak ade, orang kate kalau dari u lain nak ke UPM susah, ape yang harussaya lakukan?
Dan boleh suggest kan tak tempat practical yang berkaitan Hortikultur yang ade di area Kuala Lumpur dan Selangor
Terima kasih:)
@ashye
Waalaikumussalam.
Tidak. Asalkan ada kemahuan dan doa, insya-Allah akan diterima masuk. (y)
Kalau di kawasan KL, saya cadangkan praktikal di Sungai Buloh. Sana banyak nurseri.
Di Selangor, boleh juga praktikal di Taman Pertanian Universiti, UPM sendiri. Mohon di laman web TPU.
hello,,byk x orang chinese yg amik course ni??
Hi Hazel Lai!
Kamu boleh bertanya pada rakan sejurusan saya Eng Lai di blognya,
http://englai1314.blogspot.com/
谢谢!
ok,thanks~~tapi dr pengalaman awak study course ni...ada x org chinese yg amik?
itu saya tak dapat nak jawab. Boleh tanya terus kepada Eng Lai. (y)
Assalamualaikum. Sy lepasan spm 2012. Nk tanya, adakah jurusan ini nnti melibatkan kerja dalam makmal? Sbb sy suka buat-buat research dan ddk dlm makmal ni. Mohon pendapat, jurusan apa yang sesuai utk sy yg suka akan kerjaya duduk dalam makmal dan buat research? Hehehe, mohon respon. Tq :)
Waalaikumusalam. Jurusan ni lebih kepada praktikal. Banyak kerja kajian di lapangan. Kalau adik minat kerja di makmal, boleh ambil bioteknologi.
kalau ambil course bioteknologi, adakah praktikalnya hanya di makmal sahaja?
Seperti yang saya nyatakan. =)
saya lepasan matrikulasi sesi 2012/2013..sye di beri peluang melanjut kan pelajaran di upm kos BSH..sye amat risau dgn subjek yg d sebut kan..bunyi mcm susah..boleh sye thu peluang pkerjaan untuk bidang ini?sye akn melaporkan dri bln 9 ni di upm..
Tahniah cik! Jangan disemat fikiran negatif sebelum menjejak kaki ke dalam bidang ini. =)
Peluang kerja? Bidang hortikultur ini luas seluas bidang usahawan, bidang landskap, pengurus, dan lain-lain.
Yang penting, minat menumbuh mendalam dalam bidang ini pasti tiada hal mendapat pekerjaan walau di mana jua berada.
terima kaseh sudi membalas =)
As salam .. sy mahu tnya .. sains pertanian boleh sambung ke peringkat phD tak ? Ataupun master ? Atau setakat ijazah ?
Nampaknya adik kurang faham tentang proses sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Mana-mana ijazah muda yang adik ada boleh sambung master ataupun PhD. Tiada isitilah tidak boleh sambung sarjana hanya kerana ambil jurusan tidak terkenal.
Harap maklum.
alhamdulillah,beliau masih sihat segar energetik n masih garang...come to my faculty..view to believe..haha
Salam, saya dari pelajar Asper . Kalau nak amek course horticulture ni pointer kena berapa ye? 3.0 dapat tak?
Thank for information. Sangat berguna untuk saya yng pada mula bukan pelajar pertanian di sekolah, namun di peringkt iniversiti memilih bidang pertaanian . Thank you ����
*universiti
Saya pelajar Sains Hortikultur & landskap kat UMS, entri nih sgt menarik, sbb rmai yg masih ndak tau pasal Sains hortikultur nih. Keep it up bro! :)
Assalamualaikum.
Tumpang tanya, klo lepsan diploma akaun boleh mohon ke kos hortikultur ni?
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon