Sujud terima kasih

4 bualan
Pin It

Terdapat satu kisah menarik sahabat aku ceritakan kepada aku hari ini. Ia berkenaan seorang warga Bangladesh yang sedang mengambil PhD di UPM. Nama dia Mukresh.

Pada bulan lepas, sahabat aku dua orang dan Mukresh pergi melawat ladang herba di Melaka. Ini adalah antara satu kajian yang Mukresh perlu lakukan. Setelah habis melawat ladang tersebut, mereka dijemput oleh rakan yang tinggal berdekatan untuk singgah makan tengah hari di rumahnya. Ia selang beberapa buah rumah sahaja dari ladang tersebut.

Memang adat Melayu kalau ada tetamu bertandang pasti akan dihidangkan juadah pelbagai berserta nasi. Sungguh selera mereka makan hidangan tersebut. Terutamanya si Mukresh yang merasa masakan orang Melaka katakan.

Setelah menikmati juadah makan tengah hari, mereka meminta diri untuk beransur pulang ke UPM. Mereka bergilir untuk salam tuan rumah iaitu ibu rakan aku itu. Mukresh mendapat giliran terakhir untuk salam. Pada awalnya sahabat aku ingatkan Mukresh ingin tunduk ucap salam dan terima kasih tapi rupanya tidak.

Dia melakukan satu perbuatan yang tidak biasa orang Melayu buat untuk ucap terima kasih. Dia sujud pada kaki tuan rumah. Terkejut bagi mereka yang berada di situ. Mukresh sujud sambil menangis mengucapkan "Thank you madam. Thank you madam."

Sujud terima kasih mungkin budaya rakyat Bangladesh, tapi bukanlah adat orang Melayu.
Cepat-cepat tuan rumah minta dia bangun.

Kawan aku yang melihat situasi itu menasihati Mukresh supaya tidak berbuat begitu lagi.

"It's nok very good to that kind of act. Just say thank you is enough."

"Her kindness remind me of my mother," kata Mukresh teresak-esak.

Rupanya Mukresh tidak pernah mendapat layanan sebaik itu sepanjang dia belajar di Malaysia. Dia tidak pernah bertandang ke rumah orang Melayu. Sikap tuan rumah yang peramah juga membuatkan dia teringat akan ibunya di kampung. Terharu dia dibuatnya.

Balik sahaja di UPM, Mukresh bercerita kepada orang di Fakulti Pertanian betapa baiknya orang Melayu ini. Ia berlainan dari Bangladesh.

Aku yang mendengar ini hanya mampu tersenyum sahaja. Mungkin itu adalah antara budaya orang Bangladesh mengucapkan terima kasih mereka kepada orang lebih tua. Ala, macam kita lihat filem Hindustan (terutamanya lakonan Dato' Shah Rukh khan katakan...). Mungkin juga kerana Mukresh terlalu rindukan ibunya di kampung.

Apa yang pasti, ia satu pengalaman yang menarik untuk aku kongsikan bersama di blog ini.

Sekian, wasalam.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Kalau orang melayu pula ada adat mencium tangan, terutama orang lebih tua.

    Mungkin orang bawahan yang cium tangan orang atasannya pula membawa maksud lain, iaitu membodek. :-P

    BalasPadam
  2. Mungkin. Lain bangsa lain budayanya. Sungguh unik dunia ini.

    BalasPadam
  3. buat apa laa sujud kpd manusia yg lain? klu nak berterima kasih pun cukup dgn berjabat tgn ke? peluk cium pipi ke (bagi sesama jantina) atau dgn ucapan lisan.

    sujud hanya pd Allah Taala...bukan utk makhluk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh perjalanan luas pemandangan. =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia