Beraya di Masjid Putrajaya

2 bualan
Pin It


Pada 1 Syawal semalam saya beraya di Putrajaya sahaja. Tidak dapat hendak beraya di kampung kerana ketinggalan kereta dan tiket bas pun sudah habis. Nak buat macam mana, inilah dugaan di pagi raya. Berayalah saya seorang diri di Putrajaya ini.

Saya menetapkan ingin solat sunat hari Raya Aildil Fitri di Masjid Putra. Saya harap kuranglah orang nanti kerana Putrajaya ini bukanlah tempat asal orang. Maksud saya kerana Putrajaya ini tempat kerajaan. Ramai staf kerajaan bekerja pulang ke kampung. Jadi siapa lagi ingin memeriahkan masjid ini bukan?

Masjid Putra, Putrajaya tersegam indah.
Namun, dugaan saya meleset. Sebaik saya tiba di kawasan Masjid Putrajaya pada pukul 8.00 am, ia penuh dengan pelbagai jenis manusia. Simpang di bulatan besar Putrajaya sebelum masuk ke laluan Masjid Putra pun sudah penuh dengan bas-bas beratur parkir di tepi jalan. Kelihatan warga-warga dari India seperti Bangla, Nepal dan Pakistan turun dengan pakaian tradisional mereka.


Wahhh! Nampaknya Masji Putra bakal dipenuhi warga asing! Fikir saya.

Sebaik nak masuk perkarangan Masjid Putra, saya lihat pula warga-warga negara seberang pula, iaitu warga Indon. Aik. Mereka pun nak solat Hari Raya? Apa yang menariknya lagi, yang muka-muka gangster dan bersubang pun turut datang solat di sini. Alhamdulillah. Dalam hati saya berdoa agar mereka diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah. Hati mereka masih lembut untuk menunaikan solat Hari Raya ini.

Di perkarangan kanan dan kiri tangga untuk turun ambil wuduk lelaki sesak dengan manusia berpusu-pusu mahu turun. Yang saya pelik, mereka letakkan kasut dan selipar mereka di perkarangan tangga. Nampaknya ada yang tak tahu bahawa selipar ataupun kasut boleh bawa ke bilik wuduk. Di situ ada tempat letak kasut yang lebih selesa.

Juga saya lihat setelah ambil wuduk, mereka keluar di tempat masuk. Walhal ada laluan terus ke perkarangan dalam masjid. Nampak sungguh itu para warga sing yang baru pertama kali solat di sini.

Terasa macam ni sewaktu sampai di perkarangan Masjid Putra. =.="

Terus saya pergi ke saf hadapan masjid. Nampaknya masih ada beberapa ruang kosong di situ. Saya lihat ada juga warga Arab. Mereka memakai litup kepala. Mudah nak kenal. Warga Indon pula ada yang berbaju Melayu. Melihat warna kulit mereka, saya dapat agak mereka warga Indon. Warga Bangla, Nepal dan Pakistan mudah dikenali. Kebanyakan mereka memakai baju tradisional dipadankan dengan jeans.

Sebaik sahaja selesai solat sunat Aidil Fitri, saya lihat warga-warga asing mula beransur pulang. Yalah. Mereka bukannya faham khutbah yang disampaikan oleh khatib. Ia khutbah berbahasa Melayu. Apa yang menarik, ada juga warga India yang mendengar dengan khusuknya. Kagum saya melihat keprihatinan mereka ini.

Di luar, terdapat ramai juga warga-warga asing bergambar di sekitar masjid. Bagi warga bukan Putrajaya, pun saya lihat ada yang bergambar. Kadang-kala lucu saya melihat aksi mereka bergambar. Saya pula, biarkan sahajalah. Saya warga Putrajaya takkanlah nak buat seperti mereka. Buat malu mak bapak je.

Seperti biasa, semasa hendak keluar dari parkir motor, bulatan dataran Masjid Putra sesak dengan kenderaan dan manusia lalu-lalang. Sungguh bernasib baik bagi saya yang menunggang motosikal. Mudah untuk saya mencelah di kiri dan kanan kereta. Cuma perlu membawa perlahan kerana celahan kenderaan juga dipenuhi dengan manusia lalu-lintas.

Balik sahaja di kuarters, saya membuka hidangan yang telah saya masak di pagi raya tadi iaitu rendang dan lemang. 2 batang lemang telah saya beli pada 30 Ramadan sebagai persiapan untuk Syawal esoknya. Manakala rendang saya masak sendiri. Mudah sahaja. Saya beli perencah rendang, kerisik dan santan. Saya masak mengikut arahan pada perencah. Alhamdulillah rasanya masih rendang ayam.

Petangnya pula saya berjalan-jalan di Putrajaya. Melihat apa yang ada di Putrajaya sepanjang 1 Syawal ini...

p/s: Ucapan selamat hari Raya dari warga asing untuk Malaysia. =)
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Masjid putrajaya memang cantik. Saya ke sana suatu subuh tahun lepas, sebelum bertolak ke UPM, ada program di PICC.

    Masjid putrajaya ada nama lain kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masjid Putra, Putrajaya. Sini tak panggil Masjid Putrajaya sebab ada dua masjid di Putrajaya. Satu lagi digelar Masjid Besi.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia