Ibu yang gemar membaca

4 bualan
Pin It
Saya seorang yang suka membaca. Saya teringin melihat orang di sekeliling saya juga suka membaca. Hidup ini sungguh indah jika kita rajin membaca

Terdapat satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan berkenaan membaca. Seorang ibu yang gemar membaca serta anak-anaknya.

Kisah ini kedengaran ketika saya menjaga booth Andalus Islamik Media bersempena program Super Parents I Luv Islam. Saya bekerja sebagai penjaga booth. Budak booth katakan. Kerja saya hanyalah menjadi juruwang dan menyusun buku setelah pelanggan pergi ataupun memberi rekomen buku-buku terbaik untuk dibeli.
Hobi membaca mestilah bermula dengan buku yang kita
berasa seronok dan gembira untuk membacanya.

Kerja yang mudah. Banyak masa lapang kerana ketika itu, pelanggan boleh dikira dengan jari setiap satu jam. Saya penuhi masa itu dengan membaca buku-buku jualan.

Sedang asyik saya membaca buku di tangan ini, datang seorang wanita tua, lingkungan umur 60-an meletakkan 2 buah buku di hadapan kaunter beli.

"Dik, berapa harga 2 buah buku ni?"

Dan buku-buku yang makcik ni beli memang berharga ratusan ringgit. Satu mengenai sejarah nabi Muhammad s.a.w dan satu lagi ensiklopedia.

Kemudian, dua orang wanita lingkungan umur 40-an pula muncul.

"Ibu, kak long ada lagi 2-3 buku nak beli ni. Tunggu kejap yea."

"Saya pun. Banyak buku menarik dijual di sini."

Mereka ralit memperhatikan buku-buku yang terdapat di booth ini. Hati aku senang. Masih ada lagi rakyat Malaysia yang hatinya tertaut untuk membaca buku. Lebih lebih lagi buku-buku berkaitan agama Islam. Alhamdulillah.

Setiap daripada mereka membawa pulang beg plastik terkandung beberapa buah buku. Gembira saya berurusan dengan mereka.

Dalam beberapa sela masa kemudian, abang Zaki, pekerja Andalus Media selain saya, kembali ke booth setelah penat meronda sekeliling PICC. Dia cuba menghilankan bosan penat menjaga.

"Tadi ada orang beli tak ensiklopedia Solat ini?" sambil melihat susunan pada buku ensiklopedia Solat turun satu tingkat buku.

"Ada. Seorang mak cik," aku bingkas bangun dari tempat dudukku.

"Agaknya makcik yang datang tadi. Semasa kamu keluar makan, ada seorang mak cik dan anak-anaknya datang kejap singgah di sini. Katanya nak beli buku ensiklopedia Solat. Anak dia pesan beli ketika ingin pulang nanti untuk senang bawa" jelas abang Zaki sambil menyusun kembali susunan buku yang berselerak di atas meja.

"Ketika itu ada saya berbual dengannya. Mak cik ni memang pembaca tegar. Tapi, dahulu anak-anak dia tidak pula suka membaca. Dek kerana minat sangat membaca, teringin dia melihat anak-anak menyertai 'kelab pembaca' seperti dia.

Mak cik tersebut mengambil inisiatif mengadakan satu perpustakaan khas di rumahnya. Penuh dengan koleksi buku yang dia beli sama ada baru mahupun lama. Lama-kelamaan anak-anak dia lembut hati. Kini sehati sejiwa dengan dia dalam membaca. Kata orang gila membaca," sengih abang Zaki.

Aku turut ketawa mendengarnya.

"Wah? Sampai begitu sekali penangan membaca makcik itu kepada keluarganya," fikir aku dalam hati.

Hebat. Begitu sekali pengaruh membaca terhadap sebuah keluarga. Daripada anak-anak yang tiada minat langusng untuk membaca, kini fanatik pula dengan buku. Jasa ibunya sungguh besar.

 Betul lah kata nabi,

"Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Saya juga berminat nak buat benda yg sama selepas mengetahui seorang kawan ketika sekolah rendah yg mempunyai org tua yg membuat mini perpustakaan di rumah. Cuma saya tak boleh ada bilik bacaan khas mcm beliau sbb ruang yg terhad

    BalasPadam
  2. Tak apa bro. Macam di rumah saya, ibu bapa saya belikan satu rak buku dan letakkan ia di ruang tamu. 2 dalam 1. Kalau tak tonton tv, kami membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya mmg ada sediakan sebuah rak buku khas dibilik tamu di tingkat bawah rumah... asalnya hendak diletakkan diruang tamu tetapi tak berapa digemari suami... jadi saya letak dibilik tamu... masalah saya buku-buku saya kerap dipinjam saudara mara yg datang... kemudian liat nak pulangkan... kecil hati saya... niat saya sama seperti makcik dlm cerita diatas - kononnya agar anak-anak suka pada buku... tapi nampak nya org lain pula ambil kesempatan... :(

      Padam
    2. Jadi saya cadangkan buat di bilik anak2. Yang pasti, anak2 terpaksa membaca. =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia