Memaparkan catatan dengan label status facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label status facebook. Papar semua catatan

Ahad, 26 Oktober 2014

Pengendalian Fitrah Media Sosial

Memahami fitrah sesuatu benda akan memudahkan kerja dalam pengurusan.

Saya mula terfikir hal ini apabila terbaca satu artikel tentang penggunaan sosial media. Secara fitrahnya, sosial media berfungsi untuk menghubungkan seseorang dengan kumpulan sosialnya.

Setiap medium sosial media ada 'natural' nya tersendiri.

Kita ambil contoh medium Facebook group. Sangat-sangat susah nak scroll down info terdahulu. Terutama jika tiga hari tidak buka FB (contohnya di grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)

Begitu juga dengan Whatsapp/Telegram.

Terdapat beberapa trik yang saya gunakan agar pengurusan media sosial ini dapat digunakan sepenuhnya.

Di Facebook group, saya sebolehnya jika ternampak post yang tidak dijawab, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab. Jika tidak pun, saya akan tag mana-mana nama yang saya tahu mempunyai ilmu dalam pertanyaan itu.



Selasa, 10 Disember 2013

Kenapa Harus Mengharamkan Buku-buku Syiah dan Islam Liberal

sumber: Facebook dan penulisnya.

Jangan samakan tanggungjawab pemerintah dengan tanggungjawab sarjana.

Dalam siyasah syar'iyyah, "Tindakan pemerintah ke atas rakyatnya adalah tertakluk kepada maslahah".

Apabila pemerintah mengharamkan sesuatu buku seperti buku Syiah, ia bukan bertujuan untuk memandulkan pemikiran rakyat tetapi demi memelihara kemaslahatan ummah yang pelbagai latar itu.

Menurut Ibnu ‘Aqil, "siyasah syar’iyyah itu ialah apa jua perbuatan yang mampu mendekatkan manusia (rakyat) kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada kebinasaan walaupun (tindakan itu) tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan tidak diturunkan oleh wahyu" (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin: 6/26)

Dalam bab pengharaman buku, kata al-Imam Ibnu al-Qayyim, "Bahawa buku-buku sebegini yang berisi dengan pembohongan dan bid'ah, maka hendaklah dimusnahkan dan dihapuskan. Ia lebih utama daripada menghapuskan alat hiburan, alat muzik dan bekas arak. Sesungguhnya bahayanya (buku-buku tersebut) lebih besar daripada bahaya semua ini..." (al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Syar'iyyah: 714)

Adapun bagi para sarjana Islam, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berhujah secara ilmiah, berdiskusi, berdebat, mengarang, berceramah dan sebagainya bagi menjelaskan kesesatan sesuatu ideologi secara intelektual dan keilmuan.

Maka barangsiapa yang memutarbelit, menukar tempat atau menafikan tanggungjawab salah satu atau kedua-duanya, maka sungguh dia telah keliru lagi mengelirukan!

--

Ini adalah balasan komen kepada artikel 'so called' ustaz Wan Ji, pemegang pemikiran Islam Liberal.

nota: Untuk makluman, Projek Dialog adalah pemegang kepada agenda Liberal, Pluralisme, dan adik beradik yang mampu menyesatkan lagi mengelirukan!

Isnin, 25 November 2013

Diskusi Agama - Interfaith Menelan Jati diri Umat Melayu


Ada orang mesej kepada saya dalam facebook tentang suatu perkara:

“Hari ini terlalu ramai org yang berbicara tentang berdiskusi dan berdialog agama dgn penganut agama lain. Adakah kita tidak dibenarkan sama sekali untuk berbincang dan berinteraksi dengan bukan Islam. Dalam negara yang bersifat majmuk, sudah tentulah interaksi agama sebegini amat penting. Ahmad Deedat dan Zakir Naik juga berinteraksi agama dan bermuamalah dengan bukan Islam. Apakah garispanduan yang sepatutnya di dalam berdiskusi tersebut. Apa pandangan Dr dalam hal ini”.

Saya rasa ini antara perkara yang penting utk saya jawab, paling kurang secara ringkas. Pada pandangan saya, tidak ada sebarang salahnya untuk berinteraksi agama dan berdialog dengan bukan Islam, bahkan itu adalah digalakkan dan garis panduan kasarnya ialah:

1) Dialog dan diskusi tersebut adalah bermatlamat untuk menyatakan bahawa hanya agama Islam yang benar dan tiada sebarang agama yang benar melainkan Islam.

2) Agama yang dianutinya adalah tidak benar dan kita tidak sama sekali menganggap agamanya benar atau diterima.

3) Jika Islam membenarkan dia mengamalkan amalan agamanya, maka ia adalah kerana di atas dasar tidak ada sebarang hak paksaan di dalam beragama, tetapi itu tidak akan membawa maksud sama sekali kita redha dgn agama mereka atau menerima agamanya sebagai benar, atau menganggap agamanya juga benar.

Tetapi jika sekiranya dialog dan diskusi tersebut menyebabkan seolah-olah mereka merasakan bahawa kita mengiktiraf agamanya, atau menerima bahawa agamanya juga boleh diterima untuk diamalkan, atau kita tak ada masalah dengan mereka kekal di atas kekufuran tersebut, maka itu adalah tidak dibenarkan oleh syarak.

Kalau kita tengok cara interaksi Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik, mereka tidak pernah lari daripada garispanduan kasar ini. Mereka tegas di dalam membawa pandangan Islam dan menyatakan kesalahan ajaran agama lain. Oleh kerana itu, para duat perlu berhati-hati dalam hal ini dan dalam dialog agama ini.

Wallahu A’lam

Selasa, 20 Ogos 2013

Tali Gitar No 6 - Dimanakah Melayu?





Saya suka menonton video ini. Ia membuatkan saya berfikir dimanakah perjuangan bangsa dan dimanakah perjuangan agama?

Adakah ia berpisah atau seiring sejalan? Khir Rahman cuba menjelaskan melalui persepsi videonya ini.

"Dah bagi, kena la berusaha."

Teringat pesanan penyelia saya sendiri. "Orang Melayu ni memang kena tolong. Tetapi kalau tolong macam kamu.. hmph.." Beliau memandang masam ke muka saya. Heheh.

Saya faham Dr. 

Khamis, 15 Ogos 2013

Mencarut dan Memaki di dunia IT


Apa perasaan anda apabila anda pergi ke kedai dan ingin membeli barang, anda dirapati penjual. Dia mengeluarkan beberapa barangan yang ingin dijualnya. Kemudian, anda baru sahaja ingin memegang dan membelek, dia menjerit ke telinga anda?

Oh semestinya terkejut dan marah, bukan?

Apabila menggunakan huruf besar dalam penulisan, ia bermakna anda menjerit kepada pembaca.

Saya amat sensitif dengan perkara ini. Kerana itulah pernah saya memberi komen di dalam satu blog tentang tips penjagaan biji benih, empunya blog menggunakan CAPS LOCK dalam mengucapkan TERIMA KASIH.

Jadi saya mentafsir dia tidak sudi membaca apa yang saya sampaikan. Terus sahaja saya meminta maaf dan berundur pergi dengan cara sopan.

Saya seorang sahaja fikir begitu? Baik anda pergi ke blog editor Maznina Mohd Nor.

Jadi, jika anda sudah faham, mengapa sombong untuk mengetahui dan mengelak perkara ini? *sengih.

Selasa, 13 Ogos 2013

Kekeliruan Kata Pemeri - Penjelasan Pakar

Saya lihat menjadi tren anak muda kini menjadikan Atuk Google sebagai pakar rujukan utama. Kata mereka para blogger yang mereka rujuk itu hebat dalam berhujah.

Persoalannya, adakah mereka itu ahli dalam bidangnya? Jika pandangan, bukanlah patut dijadikah hujah untuk menetapkan pendirian dalam sesuatu perkara. Pandangan tetap pandangan, bukan?

Jadi, saya mengambil inisiatif bertanya kepada ahli dan pakar Bahasa Melayu Tinggi, Prof. Abdullah Hassan.



Ahad, 4 Ogos 2013

Kesalahan Utama Menggunakan Anjing sebagai ikon ucapan


Mengapa perbuatan mengucap selamat hari Raya Aidilfitri dengan anjing itu salah? Bukan kerana kesalahan anjing itu tetapi balik kepada asas. Haram memegang tangan bukan muhrim. Ya itu betul. Manakala memegang anjing tidaklah haram tetapi tergolong dalam memegang najis.

Kita marahkan perbuatan orang itu dan bukannya orangnya. Itu sahaja.

*updated. Terima kasih kepada Kak Dell kerana membetulkan kesalahan saya.


Khamis, 1 Ogos 2013

Pengalaman Jualan Booth Ikan Bilis

Setiap kali buka saya membuka booth jualan pasti ada pengalaman yang berbeza. Ada saja yang menjadi inspirasi buat ikan bilis ini.

Alhamdulillah selesai 2 hari di Karnival Aidilfitri LHDN Cyberjaya. Kakak depan booth saya ini jual baju wanita yang intrend fesyennya.

Dia sarat mengandung 9 bulan dan sedang tunggu hari bersalin sahaja. Anak ke 4. Kagum dengan kegigihan dan kegagahan dia. Siang di sini dan lepas asar di uptown. Setakat RM10k itu seperti gaji asas sahaja. Ada dia cerita sales sehari yang kasar biasanya berapa. (Sekali sembang xkan org bgtau, kene sembang mcm sdara sendiri baru nk org share)

Dan dia dari Seremban. Dia angkut baju, hanger, tolak troli semua sendiri. Tiada staf kerana stafnya buka booth baju di tempat lain.(ada beberapa booth di sekitar KL & Putrajaya).

Dengan keadaan seperti itu, dia kata "kalau akak tak bermeniaga, susah la. Punca rezeki akak memang yang ini. Akak sanggup buat semua ni walaupun akak puasa dan menunggu hari je ni (bersalin) sebab akak SUKA meniaga dan akak memang SUKA," sambil memegang perutnya.

"Suami akak tak suka. Lagipun dia memang tak pandai berniaga. Lalu, dia beri keizinan, apa lagi dik, akak pulun habisan sampai akak bersalin sendiri nanti. Kau muda lagi dik. Jangan cepat rasa lemah semangat. Orang Melayu kena kuat berniaga sebab kita memang bangsa berniaga sejak dulu. Ambil peluang. Jangan tunggu peluang."

Kakak yang berumur lewat 30-an itu memasukkan barang-barang jualannya ke dalam kotak.

Saya melambai tangan. Hebat.

sumber: Facebook group.

nota: Ini bukanlah pengalaman saya tetapi pengalaman orang lain. Harap maklum.

Selasa, 9 Julai 2013

Mengawal atur post berkala di pagae FB

Saya baru tahu boleh dijadualkan post di page Facebook. Ini pun setelah diberitahu oleh rakan saya di FB.

Caranya:

1. Pergi ke status page.
2. Klik pada ikon jam. 
3. Tambah dari tahun, bulan, hari dan akhir sekali masa.
4. Tekan schedule.



Untuk semak kembali apa yang telah dijadualkan.

1. Pergi ke Edit Page > Use Activity Log
2. Lihat log post yang sudah dan akan datang.



Untuk kekal aktif di sini, saya rasa berguna juga fungsi ini untuk digunakan. Tidak lah perlu saya sepanjang masa berada di wajah buku. Kasihan waktu saya. Heh.

Rabu, 19 Jun 2013

Kumpulan Atas Tanah Bahasa Melayu Tinggi


Kewujudan kumpulan ini secara tidak sengaja saya perasan tadi. Hebat sungguh ahli-ahli dalam kumpulan ini. Ternyata saya bukanlah seorang yang syok sendiri menggunakan wadah Bahasa Melayu Tinggi demi memartabatkan pemikiran wacana tinggi.

Saya klasifikaskan kumpulan atas tanah (bukan bawah tanah) kerana setting kumpulan Facebook ini adalah terbuka (open group).

Saya juga tertarik perbincangan dalam group tersebut.




Bayangkan kanak-kanak terpengaruh dengan cerita alih bahasa Melayu Tinggi. Syabas Kementerian Komunikasi kerana mewajibkan setiap alihan bahasa perlu menggunakan BMT.

Jom, kita sama-sama mempraktikkan BMT dalam kehidupan harian kita. 

Isnin, 17 Jun 2013

Kebaikan menyindir di Facebook?


Ada yang berkata kalau tak berani tegur secara berhadapan, lebih baik di alam maya.

Media sosial dijadikan ketajaman lidah menyindir dan memperli rakan-rakan yang kita kenal offline.

Terbaca ini membuatkan saya sedih mengingatkan kisah dahulu ketika bekerja di Putrajaya sebagai sukarelawan RELA. Sampai sekarang saya masih ingat kisah itu.

Bagi saya, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Cinta itu buta

Kalau beza umur tidak ketara tak mengapa...
tetapi kalau bagaikan emak dan anak. Hmmm.

Saya tadi bersembang dengan rakan saya tentang seseorang. Beliau berkahwin dengan orang yang jauh lebih muda daripadanya.

Boleh kata beza umur mereka seperti Emak dan anak.

"Nak dijadikan cerita, si lelaki itu adik kepada bekas pelajarnya," kata rakan saya itu.

Terkejut juga saya mendengar kisah ini.

Sebelum ini saya hanya menonton di drama Melayu sahaja. Tak sangka pula berlaku di tempat saya ini.

Terfikir pula bagaimana ya reaksi keluarga kedua-dua belah pihak. Terutama pihak lelaki.

Itulah nak dikatakan cinta itu buta. Jodoh juga.

Semoga mereka bahagia bersama. Amiin.

Khamis, 13 Jun 2013

Masyarakat mula mendewakan Ustaz Azhar Idrus?


Saya lihat ia satu perkembangan yang baik apabila masyarakat mula meminati untuk mendengar ceramah agama. Terutamanya apabila diadakan oleh penceramah popular Ustaz Azhar Idrus.

Saya lihat ia satu fenomena yang kurang baik pula apabila terlalu mengagungkan perkataan seseorang itu walhal kita sudah ada al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Sebagai contoh ayat di atas.

Nampaknya masyarakat mengenepikan ayat al-Quran dan hadis yang UAI selitkan dalam setiap ceramahnya. Mereka mengambil kata-kata lawaknya sebagai ikutan (boleh jadi pengangan tak untuk hal ini?).

Rabu, 12 Jun 2013

Dari mata turunnya ke hati



Pepatah dari mata turunnya ke hati ada benarnya. Kajian menunjukkan manusia era iPad mula mengurangkan teknik sosial yang terbaik, pandangan mata.

Teringat lukisan Puan AleaSara.

Lalu, untuk menjadi teman dan sahabat sejati, elakkan melihat telefon pintar kerap kali apabila bersembang dengan rakan-rakan.

Ahad, 2 Jun 2013

Tiada kompromi untuk bahasa tidak senonoh



Nampaknya tiada kompromi bahasa Alien oleh Puan Nisah Haron. Dan ketahuilah, saya amat menyokong kenyataan beliau ini.

Sedih juga apabila pengunjung di blog ini kerap kali menggunakan bahasa Alien sebagai wadah menyampai pemikiran mereka. Tetapi nak buat bagaimana? Mereka sudah sebati dengan itu.

Apa yang saya boleh buat hanyalah amar makruf, iaitu menyeru kepada kebaikan (kira menyeru untuk menulis dengan betul juga sebagai kebaikan?). Nahi mungkar tak mampu kerana mereka sendiri ada tangan untuk mencegahnya.

Sengsara iPad kepada keluarga


Apabila teknologi terlalu asyik digunakan sehingga yang lain diabaikan. Kisah ini ada diceritakan oleh Puan AleaSara di blognya.

Nampaknya perkara ini patut didedahkan agar kita tidak jadi masyarakat yang individualistik. Terlalu asyik dengan sikap aku aku, kau kau. Amat bahaya. Nanti membentuk pula materialistik.

Dan ini jelas kelihatan melalui status rakan FB saya itu.

Kepada ibu bapa, rakan dan taulan, jom belajar teknik bersembang dengan betul.

Ahad, 26 Mei 2013

Merungut atau diam?


Saya mendapat berita tentang satu kurus yang akan dibentangi oleh Dr. OT. Beliau terkenal dengan teknik penulisan tesis pantas dan pengurusan artikel dengan Mendeley.

Jadi, untuk itu saya sebarkan kebaikan ini bagi yang berminat.

Seperti saya katakan, yang berminat.

Tapi apakan daya, ada juga tangan-tangan gatal komen tanpa fikir.

--

Pengajaran: Di sini saya dapat simpulkan, kalau saya tidak tahu apa-apa, lebih baik saya diamkan. Ini agar tidak adalah dianggap dangkal dengan komen sebegitu rupa.

Jumaat, 24 Mei 2013

Iklan 8 cahaya hari di Pagi Jumaat



Gaya iklan di IKIM.fm sekarang:

Di pagi hari Jumaat yang hening. Berlaku satu dialog antara dua sahabat.

---

A: Eh sahabatku Abdul Rahman, kau tau tak ada promosi produk terbaik hari ni?

B: Wah, produk apa tu wahai sahabatku Safuan??

A: Uish, produk tu memang bagus, guna 20 minit je kesan terus lapan hari. Jimat oo!

B: Waah, hebat sangat tu!! Apkah benda tu?

A: Hah, kau ambik ni. Bukak halaman 293-304.

B: Laa.. ni Quran. Dan halaman surah al-Kahfi ni.

A: Haa, dah tu apa lagi? Baca la! Nah baca hadis ni: "Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya." [Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

B: Ooo..terima kasihlah sahabatku. InsyaAllah aku buat.

A: Hah, baca jangan tak baca! Ni tak pakai 'Esok Masih Ada!' Esok Sabtu! Promosi tak valid!

B: ...

----

Berakhirlah dialog. Iklan pun tamat.

Salam Jumaat.

#IKIM.fmbanyaksangatiklan#

(idea iklan daripada sahabat saya).

Selasa, 7 Mei 2013

Notifikasi Facebook

Akhirnya saya aktifkan kembali akaun Facebook saya. Ini penting kerana akaun Facebook sekarang ibarat emel, malahan lebih daripada itu. Ia lebih kepada medium komunikasi antara rakan kita.

Namun saya tidak mahu tersekat dengan agenda Yahudi yang melalaikan. Justeru saya terfikir bagaimana untuk saya kekal aktif di Facebook tetapi tidak terperangkap dengan perangkap lagho Facebook?

Setelah bermunajat untuk seketika (yela tu), akhirnya saya mendapat ilham, kurniaan Allah, saya terjumpa dengan Notifikasi Facebook. Ia adalah sebuah extension untuk pelayar Google Chrome.

Agak menarik dan berguna untuk saya. Antara sebab saya deactivate FB untuk tempoh 2 minggu lalu adalah kerana ingin mengurangkan notifikasi yang mendatang.

Kali ini saya hanya akan menerima notifikasi jika ada orang tag, mesej atau di group tertentu sahaja.

Saya buat kajian dulu dengan notifikasi ini sama ada ia betul akan mengurangkan gejala sosial dalam diri saya atau sebaliknya. Jika tak, saya masuk ke plan B.

Plan B pula, saya tukar setting FB dan biarkan emel sahaja yang datang dari FB. Ini bermakna saya buang extension tersebut.

Jadi saya tidak akan tersekat dengan rencana FB yang jahat (muahahaha).

Selasa, 23 April 2013

Beruzlah dari FB

Petang tadi ada seorang rakan saya menghantar satu pesanan ringkas berbunyi sebegini, "Wong, kau blok FB aku yea?"

Saya tergamam membaca pesanan itu. Takda kerja saya nak blok rakan FB tanpa sebab yang kukuh. Setakat ini saya sembunyikan sahaja newsfeed rakan-rakan yang suka merengek dan mencarut di FB.

"Taklah. Aku deactivate akaun FB aku sementara waktu," balas saya.

"Oh. Ingat blok aku. Sedih kalau macam tu... huhuhu.." Saya seakan mengerut dahi membaca mesej tersebut. =.="

Buat sementara waktu ini, saya rasa lebih baik saya berhenti bersosial dengan FB. Banyak masa saya habis hanya kerana FB. Menggolek tetikus ini terus ke layar yang entah ke mana perginya.

Lagipun, entah mengapa saya terasa begitu tertekan apabila membaca perkongsian di FB. Tak kiralah sama ada baik mahupun sebaliknya. Saya terasa seperti dalam kepompong saya sendiri. Mungkin terasa lebih dari itu.

Bagi saya, FB ini ibarat sebuah pasar. Tempat manusia berkumpul dan bercerita bagai tiada yang mendengar. Berkongsi apa sahaja yang mereka rasa patut dibaca oleh orang lain.

Entahlah. Saya pandang FB ini sebagai satu privasi. Sebagaimana nombor telefon saya. Tak mungkin saya dedahkan ia kepada orang lain jika tiada kaitan dengan saya. Mungkin kerana ia seakan memberi tekanan kepada saya. Apatah lagi apabila membaca status rakan-rakan FB yang lain.

Biarlah. Saya ingin beruzlah sementara dari FB. Menyendiri buat sementara waktu daripada wajah-wajah yang tidak saya tatapi secara realiti.