Saya lihat ia satu perkembangan yang baik apabila masyarakat mula meminati untuk mendengar ceramah agama. Terutamanya apabila diadakan oleh penceramah popular Ustaz Azhar Idrus.
Saya lihat ia satu fenomena yang kurang baik pula apabila terlalu mengagungkan perkataan seseorang itu walhal kita sudah ada al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Sebagai contoh ayat di atas.
Nampaknya masyarakat mengenepikan ayat al-Quran dan hadis yang UAI selitkan dalam setiap ceramahnya. Mereka mengambil kata-kata lawaknya sebagai ikutan (boleh jadi pengangan tak untuk hal ini?).
4 mengomel
kita hanya berpandukan al-Quran dan hadis Rasulullah saw.. seharusnya kita berwaspada dengan hal itu..
Bagi saya tidak ada masalah, sbb lumrah remaja biasa kurang teliti dalam bab2 agama. Apa pun, niatnya baik untuk menegur dan saling ingat-mengingati, ambil lah perkara baik tersebut ya? remaja zaman sekarang tak ramai yang benar2 nak berdakwah / menegur / saling ingat-mengingati antara satu sama lain, dan cuba fahami mereka, bukan semua biasa dengan hadis2, mungkin mereka tidak ingat perkara itu asalnya atau ada disebutkan dari hadis / ayat ayat Al-Quran yang mana, tapi mereka ingat isi pesanan yg disampaikan dan berkongsi pesanan tersebut. dan satu lagi, antara masalah remaja yang cuba berdakwah / nasihat agama ini adalah rakan2 lain mengejeknya dll sehingga ada yg takut / tak yakin untuk menyampaikan dakwah / nasihat lagi. Jadi bagi saya tidak mengapa, kita seharusnya fikir positif dan cuba bimbing mereka sedikit demi sedikit mana tahu lama kelamaan mereka akn berjinak2 dgn menambahkan fakta terus dari hadis dll pula.fikir logik pun, tak semua terus melompat ke atas bukan?biarlah mereka bermula dari bawah.at least, masih ada yg mahu saling menasihati, dgr ceramah agama. :) bagi saya tiada istilah mendewakan.cuba luaskan pandangan dan pemahaman terhadap mereka dahulu mungkin?dan bukankah dalam Islam kita perlu sentiasa berfikiran positif? :) maaf, tapi ini adalah pandangan saya :)
@Mizz Aiza
Itu yang bagus. (y)
@Aini
Lebih baik keras sekarang, jika tak nak melarat di kemudian hari nanti.
remy setuju dgn wong.... takut kalau tak dibendung........perkara yg kechil pun boleh jadi besar nanti...... seelok2nya kita follow hadis dan sunnah.....
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon