Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari Rabu yang lepas bermulalah kerja aku sebagai sebagai pekerja khidmat sementara (PKS) di Putrajaya. Kerjanya mudah iaitu masukkan data dalam sistem utama sahaja.
Permulaan kerja
Semua bermula apabila kawan aku, Ashikin membuat promosi mengenai kerja kosong ini di dalam dinding facebook nya. Aku sajer la pm inbox dia mana tahu ada kosong lagi. Dan ternyata ada. Maklumat yang diberi hanya aku akan bekerja sebagai data entry dan tempatnya adalah di Persint 3, bangunan di antara bangunan Perbadanan dan Wisma Tani. Dalam 30 orang diperlukan. Jadi ada kosong banyak lagi.
Tapi masalahnya satu jer, aku takut nanti skuter aku buat hal lagi. Risau aku kalau skuter tu mati tengah jalan nanti dalam sedang nak pergi kerja. Fikir punya fikir, aku ada idea. Alang-alang ada kosong tu, aku boleh ajak kawan-kawan aku yang masih berada di KTP. Diorang pun ada motor. Boleh la aku tumpang sekali naik. Aku ajak 2 orang kawan baik aku pergi.
Jadi mulalah kami bertiga pergi bekerja dari UPM ke Putrajaya. Masa yang diambil adalah dalam 20-30 minit. Ikut laluan ke IOI hotel belakang MARDI.
Sewaktu mula masuk kami memang tak tahu nak kena buat apa. Ikut jer staf yang bawa kami naik ke tingkat 2. Punch kad dulu lepas tu naik pula ke tingkat 3, tempat operasi kami berlangsung.
Kami diberi beberapa set kertas dan diminta isikannya dalam dalam database RELA. Dalam kertas tersebut terkandung maklumat ahli RELA yang baru mendaftar seperti nama, no ic, alamat dan sebagainya. Kami cuma perlu masukkan sahaja data tu dalam website RELA. Kira tolong daftarkan untuk mereka la.
Eh? Rupanya aku kerja bawah RELA. Tergelak aku seketika bila memikirkannya. Aku ingatkan RELA kerja jaga traffik bila orang kahwin jer. Hahaha. Tak apa la. Janji dapat kerja semasa cuti ni. Aku pun bukan buat apa di bilik.
Waktu hari pertama tu lemau juga la. Mana taknya, kami dikehendaki masukkan 400 data sehingga pukul 5pm. Jika tak, kena sambung sampai 7pm. Rupanya penat mental ni lebih kurang sama jer penat fizikal. Takda masa aku nak membelek facebook ataupun youtube. Terpaksa aku melihat kertas dan data jer.
Punch kad dan mesinnya. Tepat pukul 7pm kami pulang. Boleh la nak buat OT katakan…
Tidak pula pada hari Ahad lepas. Aku terpaksa pergi seorang sebab semua kawan aku dah macam mengaku kalah nak cuti sehari buat kerja ni. Akupun terpaksa la naik skuter aku yang lembab tu. Dalm 40 minit baru sampai. Tengok jam di tangan dah menunjukkan 9.00am. Alamak, lambat la aku hari ni. Disebabkan itu aku kena buat cepat-cepat. Lajulah aku taip. Dan aku temui teknik baru nak mempercepatkan kerja dengan menggunakan fungsi autocomplete. Siappun 400/8jam.
Lagi satu, rupanya dalam bangunan di Putrajaya, semua perlukan kad untuk akses masuk dari pintu ke pintu yang lain. Kalau tak, memang tak boleh masuk. Kami ni yang PKS memang merana jugakla. Dapat kad yang hanya boleh pakai ketika waktu pejabat. Maksudnya 8am-1pm. 2pm-5pm. Selain waktu tu memang kami tak boleh nak akses guna kad tersebut. Terpaksa la menunggu staf lalu untuk tolong kami.
Apa yang menariknya, kami dapat satu set baju RELA setiap seorang. Wah! Tak sangka aku. Kerja dalam pejabat pun dapat baju RELA yea? Seronoknya! Pada setiap hari Isnin akan ada perhimpunan pagi jabatan RELA jadi diwajibkan memakai baju RELA. Patutla kami juga diberikan baju. Wajib pakai rupanya. Tak apa la. Aku minat kasut boot RELA jer ni. Mahal tau kalau nak beli di luar.
Bergaya dengan uniform RELA.
Tak aperla. Aku janji dalam diri aku untuk siap KPI awal supaya dapat tolong kawan aku yang belum siap lagi terutama si A. Aku yakin nanti dia laju la tu. Tekniknya mudah sahaja. Gunakan tab untuk ke kolum seterusnya dan jangan sentuh langsung tetikus. Kalau boleh jangan dipandang langsung keyboard semasa menaip tu. Pandang kertas dan monitor komputer jer. Setakat ini aku boleh la menaip nombor tanpa pandang numpad. Kalau huruf tu susah sikit. Kena jeling juga la.
Lagi, kalau menaip tu kena guna semua jari yang ada. Ada aku lihat kawan aku yang guna 2-3 jari je semasa menaip. Lambat kalau begitu. Tapi dia tetap laju menaip. Kalau guna semua jari, aku pasti dia sudah boleh capai KPI sebelum aku sebab aku menaip memang guna semua jari aku.
Hari tak selalunya cerah
Tapi dalam keseronokan itu rupanya hari tak selalu cerah. Hujan ribut datang melanda. Rupanya selama aku menumpang A, dia tak suka aku tumpang. Aku ingatkan dia OK, tapi tak. Aku tak tahu apa salah aku sehingga dia post sesuatu yang telah mengguris hati aku. Bagi aku, kalau tak suka, sound direct je pada aku. Aku tak kisah sebab aku tahu tu memang salah aku. Tapi apabila dikeluarkan kenyataan melalui fb, memang aku terasa yang amat-amat. Bagaikan ada satu pisau kecil yang menikam dari belakang aku.
Mungkin bagi dia tak apa. Bagi aku tak. Kalau tak suka, cakap jer depan muka. Aku pasti mengerti. Kalau post di fb, tandanya kamu memang tak anggap aku kawan. Hanya sebagai kenalan yang tak kenal langsung padahal duduk setempat sahaja. Kenapa tak datang jer ke bilik aku dan kata begitu?
Kini baru aku merasa akibat post sesuatu tak elok pasal orang online. Kesannya teruk juga la kepada si yang kena kutuk. Walaupun nampak kecil rupanya boleh merenggangkan hubungan antara rakan.
Dulu aku cuba la tiru kawan aku. Kutuk orang online. Rupanya tak elok begitu. Lebih elok cakap depan-depan. Nasib baiklah ada sahabat aku yang menasihati aku dahulu. Kalu tak, tak tahulah apa nak jadi dengan aku. Mungkin jadi macam kawan aku tu agaknya.
Bila cakap berhadapan dengan orang kita tak puas hati tu, kita tahu la sebab kenapa orang tu macam tu. Lagipun ada hubungan 2 hala. Ini kalau post online, kita bagai kan syok sendiri. Seronok bila ada orang mengomen dan mengata pasal orang tu. Like sana, like situ. Tapi tak tahu ker jika orang yang kita kutuk tu baca. Apa perasaan dia? Aku tak tahu pada asalnya sebab tu aku seronok buat begitu. Bila dah kena pada batang hidung sendiri, baru la aku tahu perasaannya.
Semua emosi datang dalam sekelip mata. Marah, sedih, bingung, dan yang paling teruk adalah kecewa sebab kawan aku tu tak bagitau depan-depan tapi menggunakan medium lain melepaskan ketidakpuasanhati nya. Tak apa lah.
Komen tu lagi menyakit kan hati apabila dibaca…
Pasal Alamanda tu, aku memang nak minta tolong. Tapi kalau tak sudi tak apa lah. Boleh terus balik ke UPM. Lagipun bila dah sampai Alamanda, tiket nak tonton Harry Potter sudah habis. Jadi kira ada maknanya juga la kamu marah pada aku yea. Aku faham. Aku juga nak minta maaf sebab semua ni memang salah aku dari awal. Aku tak tahu ia akan menjadi seperti ini… Semuanya salah aku. Aku tahu…. dan lagi sekali, aku minta maaf sebab ianya terjadi sebegini.
Semalam aku telah jumpa penyelia untuk menyatakan hasrat aku untuk berhenti kerja terus. Lagipun aku nak balik rumah. Rindu aku nak balik rumah. Jumpa mak, abah, dan ahli keluarga aku yang lain terutama abang aku. Dah la abang aku patah kaki. Aku nak menjenguk dia. Dia baru jer melakukan pembedahan untuk kali kedua selepas kemalangan pada bulan lepas. Kesian aku tengok dia.
Akan aku pahatkan kenangan aku bekerja di RELA. Suka duka bekerja di sana memberikan aku banyak pengalaman baru. Semoga sahabat-sahabat aku yang lain dapat meneruskan perjuangan mereka sehingga akhir bulan ni. Aku terpaksa berhenti kerana masanya telah tiba.
Bak kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Gurauan aku rupanya boleh membawa akibat buruk…
Aku memang anggap kamu sebagai sahabat baik aku tapi… Aku faham.
Sekian, wasalam.
“Tersesat malu bertanya
Tak tahu, tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh”
- Pokok, Meet Uncle Hussain Ft. Hazama
Kini hanya tinggal memori….
Parking motor dulu sebelum naik memulakan kerja.
Selesai menunaikan kewajipan sebagai umat Islam dengan baju RELA.
Kusyuk menjalankan tugas..
Nasi ambang RM3.50 sahaja. Boleh la untuk pekerja macam kami ni kalau nak jimat duit.
Bergambar dalam pejabat RELA.
5 mengomel
cedeynye ko xde nanti....
will miss u:'(
sabar wong....cdey baca ko pny cite nih..
Tak apalah. Aku dah maafkan semua orang. Bukan salah sesiapaun, kan? Kita jer perlu sedar apabila ada sesuatu yang pelik berlaku...
Banyak ke gaji nye? Berapa?
kalau ada info PKS, tlg inform ea,cuti semester ni rasa nak cuba kerja mcmni la,mcm best
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon