Alhamdulillah. Saya baru sahaja selesai membentangkan draf cadangan projek sarjana saya.
Beberapa orang pensyarah hadir termasuklah penyelia saya sendiri. Begitu mesra mereka menasihati dan memberi komen kepada projek para peserta pembentangan.
Para pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah memberi komen bernas dapat membantu projek pembentang seminar. |
Ini termasuklah Prof. Khanif. Sangat mesra orangnya.
Ketika di meja makan setelah sesi pagi habis, saya dan rakan-rakan berbual-bual kosong tentang pensyarah.
"Eh, kau tau Prof. Khanif ni kalau di luar sahaja nampak mesra. Kalau jumpa di bilik dia lain pula."
Kami pandang pelik Cik Yah. Nampaknya ada gosip terbaru.
"Pernah satu kali tu aku pergi ke bilik dia untuk menghantar surat. 'Masuk. Subjek apa?' kata dia. 'Tak lah. Saya datang nak hantar surat,' jawab aku. 'Oh? Letak di atas meja,' kata dia lagi. Langsung tak pandang aku."
Terus aku mencelah, "Ish, tak signifikan langsung cerita kau ni."
Awan dan Limah tergelak mendengar celahan saya itu.
"Pensyarah lelaki memang macam tu. Mereka fokus apabila buat kerja. Kalau ada hal penting je pandang pelajar yang datang masa mereka fokus," ujar Awan pula.
Aku dan Limah angguk tanda setuju.
Nampaknya rakan saya ini suka membuat penfasiran yang tak signifikan.
3 mengomel
Semoga berjaya. Saya dulu pernah berhajat untuk menyambung pengajian sarjana, lulus permohonan dan diterima. Tetapi, terpaksa menolak. Pelbagai persoalan yang bermain difikiran.
Bagaimanapun, Alhamdulillah, rezeki semuanya aturan-Nya.
tak semua pensyarah begitu.. kesibukan mungkin membuatkan mereka fokus untuk menyiapkan kerja..
@Tetamu Istimewa
Terima kasih. Betul. Rezeki itu di tangan Allah. Mungkin saudara tak berkesempatan sekarang, mana tahu akan datang pula?
@Mizz Aiza
Pensyarah lelaki dan wanita berbeza sikap mereka. Ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon