Ahad, 9 Jun 2013

Preskripsi pakar atau tukang komersial?

Kebelakangan ini mata saya asyik kabur sahaja (mungkin sebab sakit mata dahulu?). Lagi, badan saya terasa lemah. Asyik rasa mengantuk sahaja. Terutama selepas makan atau pun selepas membaca. Ada tanda badan saya lemah.

Kemudian naqib saya pesan mungkin saya perlukan suplemen.

Semalam saya singgah di sebuah kedai farmasi di Putrajaya. Saya ingat nak beli 2 jenis suplemen. Satu untuk mata dan satu lagi untuk badan.

Farmasi yang terkandung ubat-ubat mahal serta pekerja-pekerja cantik.
Oleh kerana ilmu farmasi saya ini sangat cetek, saya amat berharap kaunter diagnosis di kedai ini dapat membantu.

"Amoi, boleh cadang apa suplemen sesuai untuk saya? Mata saya kurang jelas dan badan asyik letih," kata saya kepada petugas di kaunter diagnosis.

"You boleh cuba ini," sambil menunjuk kepada kotak Natberry Plus tablets. Perkara pertama yang saya baca adalah harga. Termengkelan juga lah apabila melihatnya. RM125!!! Mak aih. Mahal sungguh.

"Tak apa. You boleh cuba satu strip dahulu. RM10 sahaja," sambil dia mengeluarkan sepapan yang mengandungi 10 biji Natberry Plus Tablets.

"Ini nenek saya makan sangat bagus. Mata dia pun sudah kurang letih."

Aik. Itu nenek kamu. Aku ini muda lagi le, getus saya dalam hati.

"Untuk badan pula?" soal saya.

Amoi itu membawa saya ke rak vitamin B+. Kali ini cepat sungguh saya mengatakan, "Harga pelajar ya amoi."

Dia seperti faham terus menunjukkan kotak-kotak ubat yang sudah terbuka. "Ini dalam strips. You boleh cuba dahulu. Kalau ok you boleh beli satu kotak," sambil tunjuk kotak Nervit B Forte Tablet.

Mak aih! RM118. Mahal bangat ni seh. Tak ditanggung teman membeli ni!

"Tak apa, you boleh cuba satu strips, RM5.50 sahaja," pujuk amoi itu.

Pada asalnya saya memang bercadang hendak membeli sekotak. Tetapi memandangkan harga kebanyakan barangan di sini semuanya mahal belaka, baik saya mencuba sepapan dahulu.

Terus, 2 papan Nervit B Forte tablet dam satu papan Natberry Plus tablets sedia untuk dimakan oleh saya.

Balik sahaja dari farmasi, saya gunakan teknologi pencarian maklumat dengan Atuk Google.

Rupanya harga Natberry Plus Tablets ini tidaklah mahal di laman web CCM. RM25 lagi murah dari farmasi tersebut. Ish. Nampaknya saya kena beli online lagi murah. Tetapi harus saya mencubanya dahulu untuk melihat kesan suplemen ini terhadap mata saya. Sama ada ia baik atau biasa sahaja.

Untuk badan letih, dia sarankan Nervit B Forte Tablet.

Saya google dan mak aih, tak kan lah. Mengikut maklumat Atuk Google, Nervit B Forte ini untuk orang sakit kronik. Erk. Tidak mungkin aku sakit kronik.

Preskripsi salah daripada amoi cantik. Aish. Saya sudah terbeli 2 papan. Terpaksa la telan untuk 20 hari ini.

Jadi, apa yang nak dipercaya? Atuk Google atau amoi di farmasi? Atau saya perlu pergi ke PKU UPM, minta nasihat Dr.?

Bagaimana dengan kalian? Ada makan suplemen tak? Jom kongsi pengalaman dengan saya yang kurang ilmu ini. Uhuks.

8 mengomel

elok wong dapatkan nasihat dari doktor bertauliah terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.. dikhuatiri ada kesan sampingan atau alahan jika tidak mengikut dos yang ditetapkan..

Itu saya tahu. Mungkin kak boleh kongsi pengalaman kak?

Walaupun saya dalam bidang ni, tak banyak yang dapat dikongsikan sbb masih baru. Sy ada check kt buku berkenaan supplement yg disebutkan tapi x jumpa, mungkin brand yg baru. Maaf tak dapat nak berkongsi lebih.

bila usia meningkat memang perlu dgn supplement ni...macam ana pula lebih pada pemakanan yang seimbang untuk kesihatan...

salam wong.natberry tu bagus untuk mata...mak dan adik2 kak lea makan..kak lea ni tak suka sangat telan itu ini.so kak lea just makan pharmaton dan minum susu tepung macam2 jenama..susu tu lengkap untuk mata dan tulang juga he3..

pergh! sangat mahal kot.tu bukan hage student tu. saya makan juga vitamin C. blackmores punye jenama. tapi dulu la. skang stop dah.

sepatotnya pg jumpa dr dulu, tanya apa pandangan dr tntg ubat mana yang bagos dan disarankan..baru beli kat farmasi..kadang2x orang farmasi nie takada pengetahuan lgsg pasal ubat2x nie..sekadar pandangan.

@Teena Tna
Tak apa. Nanti boleh rekomen bila sudah tahu.

@anajingga @||aLeaSaRa||
Errr... saya muda lagi nih.

@NIZAM
Vitamin C saya dapat melalui buah-buahan segar UPM.

@Bahrain Ramlan
Tak pasti di PKU UPM ada tak doktor yang komited. Uhuks.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon