Rabu, 19 Jun 2013

Mengapa blog kurang pembaca?



Terdapat 7 sebab kenapa blog kurang pengunjung:

1. Tajuk bosan.
2. Isi tidak menarik minat.
3. Post tidak sekata. Contoh oleh (saya sendiri. erk?)
4. Post terlalu panjang. Contohnya oleh Mak cik Buku.
5. Post tiada fokus. Contohnya oleh Akmal.
6. Tidak membalas komen pengunjung. Contohnya oleh Dr Kamariah.
7. Post lari dari niche blog.

Selain itu, ada 13 sebab penulisan post bosan yang patut kita elakkan. Antaranya sama sahaja seperti yang video atas nyatakan.

Apapun, ini hanyalah panduan jika hendak berjaya menjadi seorang blogger mapan. Mungkin berjaya untuk seketika sebab selalu blogwalking.

Tidak lupa juga untuk kita melihat 6 rukun kejayaan sesebuah blog. Bagaimana dengan blog kita boleh menjana pendapatan. Bukan menipu, k?

Cuma saya terfikir apakah indikator seorang blogger itu berjaya? Follower yang ramai? Pengunjung yang ramai? Atau promosi pemasaran yang baik?

Ada cadangan atau pengalaman mengenai ini? Jom kongsi bersama.

4 mengomel

Biasanya blog yang popular berkaitan dengan hiburan.
Kalau letak kisah peribadi pun, pemilik blog kena rajin menjelajah blog lain dan 'follow' serta beri komen.
Macam blog saya sunyi sepi sebab jenis tak suka 'follow' blog orang tanpa sebab. Lagi-lagi kalau guna bahasa 'alien' dan kisah peribadi jiwang yang geli-geli (selalunye yang belum kahwin)
Itu antara beberapa sebablah..

Ada juga blogger yang popular, ramai pengunjung dan pengikut. Tapi post terlalu pendek, isinya pun entah apa-apa.

indikator seorang blogger itu berjaya adalah bila ada individu/syarikat menawarkan penerbitan isi blognya dlm bentuk buku (pandangan saya sahaja)

bagus entri ni,bagi kak lea jumlah follower bukan ukuran blog tu bagus.jugak.mungkin sebab banyak blogwalking dan banyak segmen yang dia join.kak lea buat entri banyak berdasarkan idea dan pengalaman sendiri,tu kadang2 ada je kartun menyelit he3..kalau boleh kena elakkan entri yang sefesyen je...nanti kawan2 singgah pun tak tau nak komen apa he3..kak lea pun masih belajar untuk perbaiki tulisan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon