Saya setuju dengan kenyataan itu. Berdasarkan pengalaman saya membeli pelbagai jenis buku setakat ini, penerbit buku memainkan peranan penting dalam isi kandungan sesuatu buku. Terdapat tiga sebab utama saya berkata begitu antaranya ialah kerana penerbit buku sebagai pemasar kepada buku penulis, melambangkan jenis-jenis buku yang diterbitkan, kredibiliti penerbit dalam menerbitkan buku berkualiti.
Pertama, penerbit buku sebagai pemasar buku penulis. Ini bermula dari kulit muka buku sehinggalah cara penyusunan buku. Setakat ini saya berpuas hati dengan cara PTS menerbit buku-buku mereka. Ia tersusun dan tampak profesional tidak seperti beberapa penerbit lain. Al-hidayah mungkin menguasai pasaran buku keagamaan Islam, tetapi sayangnya ia masih berada pada tahap membosankan. Kulit buku yang tak cantik, penyusunan isi yang kurang menarik, dan terdapat kesalahan ejaan mahupun terjemahan dalam hampir setiap buku yang saya beli daripada terbitan tersebut.
Apatah lagi saya lihat al-Hidayah cuba memasuki pasaran selain daripada keagamaan seperti herba dan tumbuhan. Namun, saya hampa dengan cara penyampaiannya kurang menarik dan isi yang seakan boleh sahaja di dapati di blog-blog biasa.
Kedua, simbol penerbit sebagai lambang kepada buku mereka. Contoh terbaik adalah PTS. Terdapat banyak anak syarikat PTS dan setiapnya melambangkan niche yang berlainan. Apabila saya melihat novel dan ia diterbitkan oleh PTS Litera secara automatik saya sudah tahu ia buku terjemahan. Manakala apabila saya terlihat novel terbitan PTS One saya sudah dapat menjangka ia novel berkaitan remaja.
Ketiga, kredibilit penerbit penentu kredibiliti buku. Saya mungkin salah tetapi itulah yang saya nampak. Saya juga dapat lihat bagaimana Hilal Asyraf juga telah bertukar penerbit buku terbarunya daripada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. kepada PTS. Saya lihat ia lebih menarik dan kukuh.
Kesimpulannya, jika saya terlihat buku-buku baru di pasaran, perkara pertama saya akan nilai adalah syarikat penerbit buku itu. Kemudian barulah saya nilai penulis dan isi kandungannya. Yang pasti, terbitan Synergi Media mendapat tempat buruk di hati saya.
Rabu, 28 November 2012
Penerbit buku menjamin kualiti isi buku
Penulis 依之汉
Diterbitkan Rabu, November 28, 2012
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 mengomel
Sy ada byk juga buku berkaitan bertani antaranya tp bukan dr penerbitan tertentu. Kerapkali sy dapati gaya penulisan dan lebih sedih ayatnya sebijik sama dgn isi buku terbitan lain. Sedgkan penerbit berkenaan boleh dipercayai kredibilitinya. Kdgkala penerbitan dari universiti juga rendah kualitinya. Seolah olah penulis kurang membuat kajian sebagai penulis mahupun penerbit sendiri perlulah seorang pembaca tegar jua.
Sebab itu saya suka membelek-belek buku dahulu sebelum membelinya. Kadang-kala susah apabila ia berbalut. Terpaksa google dahulu dan baca ulasan berkenaan buku tersebut sebelum membelinya.
Saya yakin puan tahu akan perasaannya. Kerana kita pembaca buku tegar (bookworm) =)
betul izham. saya belek buku tu sampai habis. kalau puas hati baru beli. kalau belum puas hati balik rumah dulu. kalau masih teringat-ingat baru beli hehehe
memang tak seronok baca buku synergy media
@M Hafizan
Kebanyakannya buku terjemahan daripada bahasa Indonesia. Sudahlah mahal, tidak berkualiti. Hmmm...
@wanie ibrahim
Susah juga ya puan kalau jadi peminat tegar buku nih. =)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon