Dokumentari Penghasilan Tauge di Amerika

2 bualan
Pin It

Kali ini saya berkongsi satu dokumentari yang saya dapati ketika melakukan kajian semasa melakukan kajian perpustakaan (literature review) berkenaan projek tahun akhir saya.


Dokumentari ini terbahagi kepada 9 bahagian.


Bahagian 1 - Pengenalan kepada Keselamatan Makanan

Bahagian 2 - Keperluan dan Garis Panduan untuk Penghasil Tauge

Bahagian 3 - Percambahan, Penuaian, Pengilangan, Pengangkutan dan Penyimpanan

Bahagian 4 - Penghasilan Tauge

Bahagian 5 - Rawatan biji benih

Bahagian 6 -Pengsampelan dan Ujian Mikrobiologi

Bahagian 7 - Pembersihan dan Sanitasi

Bahagian 8 - Amalan Kakitangan

Bahagian 9 - Ulasan dan Bahan Tambahan

Dokumentari ini mungkin sudah tidak updated tapi ia masih boleh menjadi rujukan asas bagi memahami bagaimana proses penghasilan tauge di Amerika dijalankan.

Apa yang saya dapati daripada dokumentari ini ialah proses penghasilan tauge perlu dijalankan dengan teratur agar tiada pencemaran berlaku. Jika tidak, akibatnya amat teruk sekali. Contoh terbaik ialah apa yang telah berlaku di Jerman. Kes pencemaran makanan oleh E. coli melalui tauge alfafa.

Cuma tidak perlu dirisaukan sangat jika kita hanya mencambahkan tauge kecil-kecilan di rumah. Sudah semestinya kita akan memastikan segala peralatan yang kita gunakan untuk percambahan ini bersih daripada sebarang kotoran.

Bagaimana pula di Malaysia? Setakat ini dokumentari di Malaysia lebih bersifat duit. Maksud saya ia tidak memenuhi sifat 5W 1H. Hanya menekankan sifat keuntungan dalam penghasilan tauge walhal itu bukanlah perkara utama yang penonton carikan.

Tidak percaya? Jom kita tonton video ni.

Berita RTM mengenai tauge. Ia lebih bersifat komersial.


Boleh dinilai berita ini lebih menekankan aspek komersial. Bagi saya, keuntungan hanyalah sampingan. Yang penting ialah minat dalam menghasilkan tauge itu sendiri penting. Jika tidak, penghasilan tauge hanya akan berlaku sementara. Daya inovasi untuk memajukan perniagaan ini tidak akan berkembang. Walhal kajian sudah ada. Cuma aplikasinya sahaja tiada.

Kesimpulannya, perlunya ada dokumentari lengkap mengenai penghasilan tauge ini. Sebolehnya ia seperti mana orang Amerika lakukan. Mereka bersifat ingin menyampaikan ilmu. Keuntungan itu hanyalah sampingan.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. wah...hebatlah....ada video tanaman tauge....kita kt Msia ni buat endah tak endah je kat tauge kan? huhuhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah. Mungkin kerana faktor kekurangan ilmu. Jom buat video sebegini satu~

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia